Isnin, 24 September 2012

Sheikh Rohimuddin (Cucu Ulama Besar,Sheikh Nawawi Bantan)

Biodata ringkas Ustaz Rohimuddin bin Nawawi al-Bantani.

Beliau dilahirkan pada 8hb Oktober 1965 di Bekasi, Indonesia. Dan merupakan cucu saudara kepada seorang ulama alam Melayu yang terkenal di Mekah iaitu asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar ibnu Arabi bin Ali al-Jawi al-Bantani atau Syaikh Nawawi Bantan.

Ustaz Rohimuddin mendapat pendidikan awalnya di Pesantren Cirebon Jawa Barat. Seterusnya di Pesantren Lirboyo. Beliau seterusnya melanjutkan pelajarannya ke Universitas Syarif Hidayatullah di Jakarta. Kemudian beliau ke Universiti al-Azhar, Mesir untuk meneruskan pengajiannya. Selain belajar secara formal, beliau juga belajar secara tidak formal dengan para ulama yang terkenal di Indonesia, Mekah dan Mesir.

Antara guru-guru beliau adalah:-

  • Ayahanda beliau sendiri – Kiyai Nawawi
  • Kiyai Maemun Zuber
  • al-Marhum Kiyai Mahrus Ali
  • al-Marhum Kiyai Umar Sholeh
  • al-Marhum Kiyai Aqiel Siraj
  • al-Marhum Kiyai Syadzeli
  • al-Marhum Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani
  • asy- Syaikh al-Habib Yusuf al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi
  • Syaikh Umar Hasyim
  • al-Marhum Syaikh Mutawalli Asy-Sya'rawi
  • al-Marhum Syaikh Zaki Ibrahim
  • Syaikh Ibrahim Al-Khuli
  • Dr Saad Jawis
  • al-Marhum Syaikh Gad al Haq
  • Syaikh ‘Abdullah
  • Syaikh Dr Ali Jum’ah (Mufti Besar Mesir)
  • Dan ramai lagi ulama’.

Buat masa ini beliau adalah merupakan antara tenaga pengajar merangkap pengetua di Dar Hasani di Mesir, dan merupakankhalifah (muqaddam) kepada Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani dalam thariqah asy-Syadhuliyah ad-Darqowiyah. Di samping itu, beliau juga giat memberi ta'lim kepada anak-anak Malaysia dan Indonesia yang menuntut di Mesir, di rumah-rumah dan di tempat-tempat organisasi mereka. Beliau juga sering menjadi tenaga pengajar jemputan di pelbagai pesantren dan organisasi. Di samping juga bakal menjadi tenaga pengajar di Ma'ahad Az-Zein di Bogor bagi membantu Sheikh Muhammad Noeruddin al-Banjari.


<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/b5c8A-VNX1Q" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

5 ulasan:

  1. Masya Allah....
    Alhamdulillah semoga sehat selalu Syaikh Rochimudin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jazakumullah Khoiron katsiron
      Terimakasih atas ilmu yg sudah di berikan kepada saya...atas bimbingannya....semoga Allah membalas amal Sholeh beliau... aamiin Ya Rabbal'Alamin

      Padam
  2. saya amat berminat dgn semua kuliah2 Sheikh

    BalasPadam
  3. saya amat berminat dgn semua kuliah2 Sheikh

    BalasPadam
  4. Semoga ilmu yg sama mengalir dan menjadi amalan pd kami jg

    BalasPadam