Isnin, 24 September 2012

Maulana Umar Palampuri (Masyaikh Dakwah Dan Tabligh)


Maulana Muhammad Umar Palampuri rahimahullah telah meninggalkan dunia yang fana ini pada Rabu,21 Mei 1997 pada jam 1.30 petang di Nizamuddin,New Delhi. Hari-hari akhirnya bersama dengan elders Nizamuddin,pergi ke Ijtimak di Agra, 5 jam perjalanan menggunakan kereta. Dalam perjalanan beliau telah jatuh sakit dan pulang semula ke Delhi, dan terus dimasukkan ke hospital. Dia telah keluar dari hospital pada hari Rabu pagi dalam keadaan sihat dan kemudian beliau telah diserang sakit jantung dan meninggal dunia.


Maulana rahimahullah telah menjadi yatim pada kanak-kanak dan telah dijaga oleh ibunya yang solehah. Pada waktu kecil Maulana menunjukkan kecerdasan minda beliau. Ini mendorong pakciknya untuk meneruskan pengajian Maulana ke sekolah sekular. Akan tetapi ibu Maulana mempunyai rancangan lain. Beliau mahu anaknya menumpukan usahanya untuk memperolehi ilmu agama.


Maulana telah menuntut ilmu agama di Darul Ulum Deoband, dan telah lulus dengan cemerlang. Untuk penyucian jiwa, Maulana telah mendampingi Sheikhul Hadis, Maulana Muhammad Zakariyya rahimahullah.


Maulana menziarahi England beberapa kali. Pada setiap pertemuan,beliau ditemani oleh Maulana Inamul Hassan. Lawatan terakhir beliau ialah pada 1994 semasa beliau datang ijtimak Dewsbury. Pada pertemuan tersebut, Maulana telah menceritakan suatu kisah beliau bersama ibunya. Sebagai seorang pemuda,ibunya meminta beliau membaca dan suatu ketika oleh kerana terlalu gembira,ibunya berdoa,"Semoga anda melihat hari yang mana kamu bercakap,yang mana di depanmu ada ribuan pendengar berbanding sekarang yang mana hanya ibumu sahaja yang mendengar."


Air mata bergenang di wajah Maulana semasa menceritakan kejadian tersebut.


Maulana berumur 65 tahun. Dia telah menghafal Quran pada usia tua,satu pencapaian yang mengagumkan. Ribuan manusia telah mendapat manfaat  daripada wacana dan kesolehannya. Beliau sangat tawaduk dan sangat soleh. Beliau juga mempunyai kualiti 'takut pada allah' atau taqwa yang tinggi.


Pemergian beliau juga membawa kepulangan 2 personaliti dalam usaha dakwah dan tabligh dalam masa 2 tahun setelah pemergian almarhum Maulana.


Iaitu Maulana Inaamul Hassan dan Maulana Izhar (rahimahullah taala alaihima)


Semoga Allah menyediakan tempat yang tertinggi di dalam syurga.Amin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan