Jumaat, 7 September 2012

Dr Muhammad Abdul Latif Al Farfour Al Hasani



Al-'Alim Al-'Allamah Al-„Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy merupakan salah seorang Anggota Tetap dan Setiausaha Agung Akademi Feqah Islam Antarabangsa (berpusat di Jedah), Presiden Akademi Ilmu Syria dan Rektor Universiti Pengajian Islam dan Arab, Syria.

Maka , disini kekuatan yang Allah S.W.T. kurniakan kepada tuan guru, Al-‟Alim Al-Al-‟Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy dalam pembentukan sakhsiyyah diri dan kegiatan ilmu beliau.

Al-Fadhil Al-Alim Al-’Arib billah Al-Murabbi Al-Mursyid Tuan Guru, Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy

Tuan guru dilahirkan pada tahun 1364H / 1944M di bandar Damsyik Al-Faiha‟ dalam sebuah keluarga yang merupakan penduduk jati dan asal Damsyik. Keluarga tuan guru merupakan sebuah keluarga yang amat disegani dan terkenal dengan keilmuan, kehakiman dan kefatwaan sejak ratusan tahun.

Tuan guru menerima didikan ilmu agama secara talaqqi daripada ulamak-ulamak tempatan yang mulia-mulia. Ulamak yang lebih banyak menghulurkan tangan bimbingan ilmu kepadanya ialah bapanya sendiri, iaitu sohibussamahah murabbi agung al-„allaamah Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy, seorang sasterawan dan penyair yang faqeh (alim feqah), usuliyy (alim ilmu usul feqah), mutakallim (alim ilmu tauhid) dan nazzor (alim ilmu munazorah) – moga Allah merahmati dan meredhainya – . Hasilnya, tuan guru mempunyai beberapa ijazah keilmuan yang boleh dibanggakan daripada guru-gurunya itu. Ijazah yang paling besar ialah Ijazah daripada yang mulia bapanya, Ijazah daripada mantan mufti Syria, yang mulia al-„allaamah Dr. Muhammad Abi al-Yusri „Aabidiin, Ijazah daripada sohibussamahah Mufti Maliki dan Ketua Perikatan Ulamak al-marhum asy-syed asy-syarif Muhammad al-Makkiyy al-Kattaaniyy, – moga Allah merahmatinya –, dan Ijazah daripada seorang ulamak hadith Mekah, Syeikh „Alwi „Abbas Al-Malikiyy – moga Allah melimpahkan rahmat dan redhaNya keatas mereka dan selain mereka.

Mendapat pengajian awal di sekolah rasmi dengan cemerlang sehingga berjaya menyambung ke peringkat universiti dan menamatkan pengajian dalam bidang syari‟ah melalui penulisan tesis kajian berbentuk ilmiah di Universiti Syria, Damsyik. Seterusnya, tuan guru melengkapkan pengkayaan ilmunya di Universiti Al-Azhar yang ulung, dan berjaya pada peringkat Sarjana Muda (BA) Undang-undang dengan kepujian, Sarjana (MA) Feqah Perbandingan dengan Undang-undang (1972M)melalui satu tesis kajian ilmiah yang dibentang dan dibahasnya dibawah tajuk “Teori Istihsan dalam Perundangan Islam dan Kesannya Terhadap Masolih Mursalah” dengan keputusan Kepujian Kelas Pertama. Pada tahun 1978M, tuan guru telah membentangkan satu lagi tesis ilmiahnya di bawah tajuk “Ibn ‟Aabidiin dan Kesannya Terhadap Feqah Islami – Satu Kajian Perbandingan dengan Undang-undang”. Tesisnya ini telah dibahas dan diperdebat secara terbuka oleh barisan panel yang diketuai oleh al-„allaamah agung, al-marhum Syeikh Profesor Dr. Abdul Ghani Muhammad Abdul Khaleq – moga Allah merahmatinya –. Panel itu dianggotai oleh beberapa orang ulamak besar universiti yang rata-ratanya merupakan ulamak agung Syari‟ah Islam, dan satu barisan tokoh undang-undang. Senat Universiti pada 26hb. Julai 1978 telah menanugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dengan keputusan (Kepujian Kelas Pertama, dan permintaan agar dicetak tesisnya itu dengan tanggungan daripada pihak universiti untuk dijadikan tesis tukaran diantara universiti-universiti dunia) oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Al-Azhar.

Tuan guru sentiasa mengajar dalam kelas-kelas ilmu dan kelas-kelas umum, dan menyampaikan kuliah ilmu tentang syari‟ah, Bahasa Arab dan Usuluddin. Tuan guru telah mengasaskan satu pergerakan ilmu yang telah melahirkan barisan pekerja yang terpilih dan membuahkan hasil yang cukup baik. Tuan guru mempunyai kelas-kelas ilmu untuk orang awam di beberapa buah masjid, antaranya Masjid Jami‟ Al-Saadaat Aqsob, Damsyik dan Masjid Jami‟ Al-Darwisyiyyah, Damsyik .

Kegiatan tuan guru amat banyak, antaranya ialah:-
1. Gerakan ilmu seperti pengasasan Mujamma, Masjid Al-Aqsoob Al-Islami.

2. Majma‟ Ilmiyy ‟Aali telah diwujudkan di bawah Mujamma‟ ini pada tahun 1410H / 1990M, dimana sekitar 80 orang profesor daripada serata dunia Islam dan Arab telah menjadi ahli anggota majlis tertingginya.

3. Pembentukan sebuah akademi ilmu peringkat pengkhususan dengan nama “Akademi Peradaban Pengajian Arab dan Islam” telah dilahirkan di bawah Mujamma‟ ini.

4. Maahad al-Quran dan Pusat Qiraat dengan nama “Pusat Qiraat Al-Quran Al-Allaamah Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy”.

5. Akademi Peradaban Pengajian Arab dan Islam mempunyai tiga peringkat pengajian, iaitu Ijazah pertama atau Sarjana Muda (BA), Ijazah Pengkhususan atau Sarjana (MA) dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D).

6. Menulis tesis dan artikel dalam pelbagai bidang dan tajuk, dan tulisan-tulisannya itu kebanyakannya telah diterbitkan oleh beberapa majalah, seperti:- Majalah Majma‟ Al-Lughah Al-Arabi, Damsyik. Majalah Al-Faisal dan Majalah Al-Arabiyyah, Saudi Arabia. Majalah Nahj Al-Islam, terbitan Kementerian Agama, Republik Arab Syria. Majalah Ath-Thaqafah Ad-Dimasyqiyyah (bulanan). Majalah At-Tamaddun Al-Islami, Damsyik,Majalah Al-Mauqif Al-Adabi, Syria. Majalah Tisyriin (Mingguan). Majalah Tisyriin Timur Tengah.

7. Memberi ucapan dan membuat pembentangan dalam beberapa Persidangan Antarabangsa yang dihadirinya seperti:-
Persidangan Penubuhan Akademi Feqah Islam Antarabangsa Mekah Al- Mukarramah pada bulan Jun, 1983M. Tuan guru menjadi ketua rombongan (lantikan khas daripada Presiden) yang terdiri daripada beberapa orang menteri dan ketua-ketua kementerian negara menghadiri persidangan ini. Akademi Feqah Islam Antarabangsa (Jedah). Tuan guru merupakan salah seorang anggota pengasas, dan ahli tetap akademi di atas kapasitinya sebagai wakil Republik Arab Syria dan Ketua Bahagian Perancangan Akademi yang disandangnya sejak awal tahun 1404H / 1983M lagi. Forum Pemikiran Islam Antarabangsa, Algeria sebagai Profesor Pembentang dengan kedudukannya sebagai tetamu rasmi Kerajaan Algeria selama beberapa siri. Pada tahun 1988M pula, tuan guru dijemput sebagai Profesor Pelawat ke Jabatan Pengajian Peringkat Sarjana, Universiti Algeria. Tuan guru juga – atas jemputan rasmi – telah melawat negara Mesir, Jordan, Palestin, Lubnan, Arab Saudi, Algeria, Brunei, Oman, Kuwait, Turki, Iran, Sudan, Maroco, Bahrain, dan Qatar sebagai Profesor Pelawat ke universiti-universiti mereka dan sebagai anggota kepada beberapa persidangan ilmiah yang pelbagai, dan menyampaikan kuliah di beberapa buah universiti negara Arab. Tuan guru juga – beberapa kali – telah menghadiri beberapa siri persidangan ulamak sufi peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh beberapa buah negara lain, antaranya negara Malaysia.

2 ulasan:

  1. PERMATA YANG KEKAL ABADI

    Dunia Islam pada hari rabu (11/6/2014) bertepatan 13 sya`ban 1935 H kehilangan seorang yang `Alim dari segi ilmu Syari`at Tharikat Hakikat serta `Irfan, beliau adalah Al-Imam Sheikh Prof Dr Muhammad Abdul Latif Shalih AL-Furfur Al-Hasani Ad-Dimasyqi. Keturunan Rasulullah sebelah ayah daripada sayyidina Hasan dan sebelah ibu daripada sayyidina Husain. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Malaysia tepatnya di hospital putra Melaka. InsyAllah akan disolatkan pada hari selasa ini (17/6/2014) di Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath Negeri Melaka.

    Beliau begitu giat berdakwah di Malaysia dan telah membuahkan hasil yang begitu cemerlang. Beliau merupakan guru bagi ulama tersohor di Malaysia Dr Zulkifli Al-Bakri yang dalam buku beliau menyebutnya gurunya itu mengusai bidang ilmu yang pelbagai.

    Banyak ulama dan tokoh-tokoh dunia yang memuji keunggulan ilmu yang dimilikinya termasuk ulama tersohor Indonesia KH Maimun Zubair yang menyebutkan dalam buku beliau Al-`Ulamaul Mujaddidun wamajalu Tajdidihim Wa Ijtihadihim beliau menyebutkan nama-nama ulama Mujaddid pada qurun ke-14 salah satunya adalah Al-Imam Sheikh Prof Dr Muhammad Abdul Latif Shalih AL-Furfur Al-Hasani Ad-Dimasyqi anak seorang waliyullah dan tokoh pembaharu Syiria yaitu Sheikh Muhammad Shalih Al-Furfur Al-Hasani.

    Al-Imam memiliki biografi yang sangat lengkap dalam hidupnya, tentang keilmuan dan para masyaikhnya boleh diperolehi dalam buku karangan anak muridnya berjudul Safahat Baqiat Fi Dhilal Warifat.
    Beliau menyerukan Ummat Islam pada hari ini kembali kepada tajdid yang sebenar yaitu seperti mana dizaman Rasulullah. Ummat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya yang merupakan mata air yang jernih. Ibarat mata air yang mengalir terlalu panjang sehingga dihujungnya kita mendapati airnya keruh, dengan tajdid Islam akan selalu bersih sebagaimana bersihnya mata air dan alirannya yang telah ditajdidkan. Ianya mencakup Syari`at, takziyah dan Da`wah kepada Allah. Beliau adalah Imam bagi Madrasah Ar-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jami`ah.

    Kalimat ta`ziyah datang dari pelbagai ulama-ulama terkemuka diantaranya mantan mufti Mesir Sheikh Prof Dr Ali Jum`ah yang mengatakan “ Daripada Ibnu Mas`ud R.A berkata:

    موت العالم ثلمة في الإسلام لا يسدها شيء ما اختلف الليل والنهار

    “Kematian seorang ‘âlim adalah lubang di dalam Islam yang tidak dapat ditampal oleh apapun seiring dengan bergantinya malam dan siang.” Dan dikatakan juga bagi Said Bin Jabir “ Apakah tanda-tanda kehancuran manusia? maka dia berkata Jika hilangnya para `alim ulama mereka.

    Dan dikalangan ulama itu adalah Fadhilah Al-Alim Ar-Rabbani Seorang Imam dan Faqeh yang Rabbani dan Seorang pakar Ushuli dan seorang Muhaddith, beliaulah Muhammad Abdul Latif Shalih Al-Furfur yang telah kembali ke pangkuan tuhannya.

    Pada hari ini, kita memohon kepada Allah yang maha tinggi lagi maha agung memberikan keluasan nikmatnya dan ditempatkan pada tempat penuh ketenangan bersama para Nabi-nabi dan orang-orang yang shadiq dan para syuhada dan orang-orang Shalih dan mereka adalah sebaik-baik teman. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada ahli keluarga yang telah ditinggalkan, sesungguhnya Allah maha kuasa atas demikian.

    www.pmkt.com.my
    fb : pmkt melaka

    BalasPadam
  2. رحمة الله تعالى عليه أمين

    BalasPadam