Jumaat, 7 September 2012

Dr Ali Jumah (Mufti Mesir Sekarang)


PROFESSOR DR. ALI JUMUA’H

Mufti Republik Arab Mesir 


Pengenalan


Ramai pelajar yang meminati dan  melazimi majlis pengajiannya. Di mana sahaja beliau berada orang akan mengerumuni untuk mendapat kan nasihat dan bertanya pendapat berkenaan masalah-masalah fiqh. Baga kan sebutir lampu yang bersinar terang, manusia mengelilinginya untuk mendapatkan cahaya buat menyuluh kegelapan.

Beliau yang dimaksudkan ialahFadhilatul Syeikh al-Allamah NuruddinProfessor Dr. Ali Juma’ah asy-Syafi’e. Begitulah gelaran yang diberi menggambar-kan sanjungan yang tinggi daripada penduduk Mesir kepadanya. Kepetahan berhujah dan kekemasan bahasa yang diguna dalam menyam -paikan ilmu, memukau semua audiens yang mendengar. Butir kata yang bernas disertai gaya bahasa tubuh (body language), makin menambah- kan kehebatan dan penampilannya di hadapan kawan serta lawan.


Latarbelakang


Fadhilatul Syeikh Dr. Ali Juma’ah merupakan mufti Republik Arab Mesir sekarang. Nama penuh beliau ialah Ali Juma’ah Muhammad Abdul Wahab dan telah dilahirkan di muhafazah Bani SuwaifMesir, tanggal 3 Mac 1953.

Hasil perkongsian hidup dengan isteri ter-sayang, lahirlah tiga orang puteri penyeri rumah tangga. Kesemuanya kini sudah berkahwin dan masing-masing telah pun dikurniakan cahaya mata.


Pencapaian Akademik


Prof. Dr. Ali Juma’ah merupakan tokoh cendekiawan yang cukup berpotensi dan mem-punyai prestasi akademik yang sangat mantap.

Apabila beliau mendapat B.A. (Bachelor of Arts atau Sarjana Muda Sastera) dalam bidang Perniagaan di Universiti ‘Ain Syams pada tahun 1973,  beliau berhasil pula meraih B.A. dari Kuliah Dirasat Islamiah wal Arabiah, Universiti al-Azhar pada tahun 1979. Kemudian, menyambung lagi pengajian di peringkat M.A. dalam bidang Usul Fiqh di Kuliah Syariah wal Qanun, Universiti al-Azhar pada tahun 1985 dan berjaya mendapat pangkat Mumtaz. Tiga tahun berikutnya iaitu pada 1988, di kuliah dan universiti yang sama, beliau berjaya mendapat Ph.D dalam bidang Usul Fiqh dengan pangkat Mumtaz Syaraf Ula.

Kerjaya


Melihat kepada keunggulan syakhsiyah dan pencapaian akademik yang cemerlang, Professor Dr. Ali Juma’ah telah dilantik oleh berbagai-bagai pihak untuk memegang pelbagai jawatan. Antara nya jawatan sebagai mufti Mesir yang disandang sejak tahun 2003 hingga sekarang. Selain daripada itu, beliau yang merupakan tenaga pengajar dalam bidang Usul Fiqh di Kuliah Dirasat Islamiah wal Arabiah, Universiti al-Azhar cawangan Kaherah, juga adalah anggota kepada Majma’ Buhus Islamiahsejak tahun 2004 hingga sekarang.

Jawatan beliau tidak terbatas di dalam negara sahaja tetapi juga di luar negara. Di samping pernah menjadi penasihat kepada Menteri Waqaf Mesir dari tahun 1998 hingga 2003, Prof. Dr. Ali Juma’ah merupakan ahli majlis Fatwa Utara Amerika dan ahli majlis Fiqh Islam di India. Beliau juga adalah anggota Majlis Fatwa al-Azhar dari tahun 1995 hingga 1997.

Antara jawatan yang telah dan masih beliau pegang ialah sebagai Perunding Syari’ah kepada banyak bank dan syarikat kewangan. Menjadi penasihat pelbagai pertubuhan akademik, ekonomi, kebajikan, fatwa di Mesir dan seluruh dunia.


Kegiatan ilmu


Fadhilatul Syeikh merupakan antara orang yang bertanggungjawab menghidupkan kembali majlis-majlis ilmu dan pengajian di masjid al-Azhar sekitar tahun 1990an. Berkat usaha dan kesungguh-annya, terlaksanalah pengajian dalam pelbagai subjek di masjid tersebut yang diajar oleh tenaga-tenaga pengajar yang berkredibiliti secara percuma, sedang beliau sendiri berperanan menyampaikan kuliah agama dan mengajar kitab-kitab thurath.

Beliau juga menyampaikan khutbah dan pengajian Fiqh Syafi’esecara tetap di masjid Sultan Hassan, Kaherah semenjak tahun 1998 hingga sekarang. Selain turut menerima undangan untuk menyampaikan pengajian agama kepada Yang Mulia Raja Maghribi pada setiap tahun, beliau telah terlibat sama dalam mengasas dan menyusun sistem pengajian di Kuliah Syari’ah Amman, Jordan sehingga membawa kepada penubuhan kuliah tersebut.

Jasa Prof. Dr. Ali Juma’ah dalam kegiatan ilmu tidak terhenti setakat itu sahaja, beliau turut menyumbang dalam menyusun sistem pengajian Universiti Ilmu-ilmu Islam dan Kemasyarakatan (SISS) di Washington. Beliau turut bekerjasama dengan Majma’ Bahasa Arab dalam mengeluarkan ensiklopedia istilah-istilah ilmu Usul, pernah dilantik untuk menjadi musyrif kehormat di cawangan UniversitiOxford dalam bidang Pengajian Islam & Bahasa Arab dan di cawangan Universiti Harvard, Mesir dalam bidang Pengajian Timur.

Tokoh ulama yang disegani ini sememangnya mendapat perhatian seluruh dunia termasuk Malay-sia. Ini terbukti apabila beliau sering diundang untuk memberi syarahan di Universiti Islam Antara -bangsa (UIA), Kuala Lumpur serta diminta mem-beri khidmat nasihat kepada tenaga-tenaga pengajar di universiti tersebut dalam kursus untuk meningkat kan mutu pengajaran mereka.  

Beliau juga telah melawat lebih daripada 20 negara untuk menyampaikan syarahan dan meng-hadiri pelbagai seminar di seluruh dunia serta sering diundang sebagai pengisi slot untuk siaran televisyen dan radio Mesir atau antarabangsa.


Karangan-karangan


Fadhilatul Syeikh telah menulis banyak buku dan karangan yang bermanfaat, terutamanya dalam pengajian Syariah dan khususnya dalam bidang Usul Fiqh.

1-  Di antara karya beliau ialah:

  1. Hukum Syarak di sisi Ulama Usul                                   ( الحكم الشرعى عند الأصوليين)

  2. Hubungan Usul Fiqh dan Falsafah         (علاقة أصول الفقه بالفلسفة)

  3. Imam Bukhari r.a  (الإمام البخارى)

  4. Imam Syafie dan Institusi Pengajian Fiqh (الإمام الشافعى ومدرسته الفقهية)

  5. Perbincangan berkenaan ‘Perintah’ di sisi Ulama Usul-(مباحث الأمر عند الأصوليين)

  6. Pembaharuan dalam Usul Fiqh

(قضية تجديد أصول الفقه)

  1. Nasakh di sisi Ulama Usul

(النسخ عند الأصوليين)

  1. Pengenalan untuk Pengajian Syariah  Islam- (المدخل لدراسة الشريعة الإسلامية)

  2. Mimpi dan Penghujahannya di sisi Ulama Usul- (الرؤيا وحجيته عند الأصوليين)

  3. Kelengkapan untuk Berijtihad

الإجتهاد) (آليات

  1. Ijmak di sisi Ulama Usul

(الإجماع عند الأصوليين)

  1. Timbangan dan Sukatan Syari’e

 (المكاييل والموازين الشرعية)

2-  Sementara buku-buku terbaru beliau ialah:

      i.  Fatwa-fatwa Semasa-(فتاوى عصرية)        

     ii. Pemudah Cara Bagi Menerangkan Ibadah       Haji-(تيسير النهج فى شرح مناسك الحج) 

     iii. Keterangan yang Jelas untuk Membetul kan Beberapa Kefahaman

          (البيان القويم فى تصحيح بعض المفاهيم)

     iv. Keterangan Bagi Perkara yang    Mengusutkan Pemikiran

               (البيان لما يشغل الأذذهان)                              

3-  Antara kitab-kitab yang telah beliau tahqiq;

  1. Riadhus Solihin, Imam Nawawi, cetakan Dar al-Kitab al-Lubnani

  2. Jauharah Tauhid, Imam Bajuri, cetakan Dar as-Salam

  3. Syarah Alfiah as-Sirah oleh Ajhuri, cetakan Majlis A’la

  4. Al-Furuq karangan al-Qarafi, cetakan Dar as-Salam

  5. At-Tahdid fi Muqaranat Fiqh al-Hanafi wa asy-Syafie oleh al-Qaduri


Bahas-bahas dan Artikel

 

Profesor Dr. Ali Juma’ah telah menghasilkan banyak penulisan ilmiah yang merangkumi pel-bagai bidang ilmu dan dimuatkan dalam majalah-majalah di Mesir sendiri atau luar negara serta banyak menyumbangkan artikel untuk akhbar Mesir dan antarabangsa dalam multi tajuk yang menarik dan berfaedah. Dalam masa yang sama, beliau turut memegang banyak jawatan sebagai redaksi dan menjadi editor beberapa buah majalah terkenal.


Mufti dan Darul Ifta’


Pejabat beliau sekarang adalah di tingkat dua, bangunan Darul Ifta’ al-Misriah, Kaherah. Beliau sering dilawati bukan sahaja oleh rombongan pelajar dan tetamu dari dalam dan luar negara sama ada sebagai wakil badan akademik, sosial, politik, ekonomi atau wakil-wakil kerajaan untuk bertanya kan fatwa di samping mendapatkan penjelasan ber-kenaan beberapa isu seputar dunia Islam, bahkan orang bukan Islam dari luar Mesir juga tidak ketinggalan berkunjung demi mendengar syarahan dan mendekati Islam daripada mufti sendiri.

Prof. Dr Ali Juma’ah telah melakukan pem- baharuan yang drastik di Darul Ifta’ dari segi mem-pertingkatkan kecanggihan sistem pertanyaan fatwa menggunakan Sistem Teknologi Maklumat (IT) dengan mengemaskinikan laman-laman web fatwa dan meramaikan pegawai-pegawai fatwa bagi memudahkan segala urusan berkaitan.

Beliau juga telah menyusun sistem pengajian dan kursus fatwa untuk pelajar-pelajar asing di Darul Ifta’ sebagai latihan kepada mereka yang akan pulang menjadi dai’e di negara masing-masing.


Guru dan Penuntut Ilmu

  

Professor yang berkaliber ini telah berguru dengan ramai masyayikh terkenal di dunia Arab. Di antaranya ialah Asy-Syeikh al-Allamah al-Muhaddis Abdullah Siddiq al-Ghumari r.a, ‘musnidul dunia’Syeikh Yasin al-Fadani dan ramai lagi. Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya melahir kan ramai anak murid yang berkemampuan dalam bidang ilmu untuk meneruskan kesinambungan perjuangannya.

Dr. Ali Juma’ah sedikitpun tidak lokek untuk memberi nasihat kepada penuntut-penuntut ilmu lebih-lebih lagi bagi yang mengikuti pengajiannya. Bahkan beliau sering menghadiahkan mereka buku-buku yang berharga. Setelah selesai pengajian sering diulangnya kata-kata hikmah "حياة العلم المذاكرة" yang bermaksud; ‘Hidupnya ilmu itu dengan mengulangkaji’.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan