Rabu, 28 November 2012

Imam Ibn Hajar Al Haithami.



Nama lengkap beliau adalah Syihabuddin Ahmad bin Hajar al Haitami, Lahir di Mesir tahun 909 H. dan wafat di Mekkah tahun 974H (I’anatut Tolibin).
Pada waktu kecil beliau diasuh oleh dua orang Sheikh, yaitu Sheikh.Shihabuddin Abul Hamail dan Sheikh Shamsuddin as Syinawi.
Pada usia 14 tahun beliau dipindahkan belajar masuk Jami' Al Azhar.
Pada Universiti Al Azhar beliau belajar kepada Sheikhul Islam Zakariya al Anshari dan lain-lain.
Kitab.kitab karangan beliau banyak sekali, diantaranya:

1. Kitab Tuhfatul Muhtaj al Syarhil Minhaj (10 jilid besar), sebuah kitab fiqih dalam Madzhab Syafi'i yang sampai saat ini dipakai dalam sekolah-sekolah Tinggi Islam di seluruh dunia, khususnya di Indonesia.
Kitab ini setaraf dengan kitab Nihayatul Muhtaj ila Syarhil Minhaj (8 jilid besar) karangan Imam Ramli (wafat 1004 H).
Kedua dua kitab ini adalah tiang tengah dari Madzhab Syafi'i, tempat kembali bagi Ulama-ulama Syafi'iyah dalam masalah-masalah agama di Indonesia pada waktu ini.

2. Kitab fiqih Fathul Jawad.
3. Kitab fiqih al Imdad
4. Kitab fiqih al Fatawa al Kubro.
5. Kitab fiqih al Iea'ab syarah U'bab.
6. Kitab Fatawa al Haditsiyah.
7. Kitab Az Zawajir, Figtirafil Kabaair.
8. kitab As Syawa'iqul Muhriqah Firradi al az Zindiqah.
9. Kitab Fathul Mubin syarah Matan Hadis Arba'in Imam Nawawi.
10. Kitab Ushul Fiqah.
11.Dan berbagai-bagai lagi.

Perlu diperingatkan kepada pembaca bahwa dalam lingkungan Ulama-ulama Syafi'iyah, terkenal dua orang Ibnu Hajar, yaitu :
1. Ibnu Hajar al 'Asqalani (wafat 852 H.) pengarang kitab Fathul Bari a'l Syarhil Bukhari dan kitab hadits Bulugul Maram dll.
2. Ibnu Hajar al Haitami (wafat 974H.), pengarang kitab Tuhfah yang kita bicarakan sekarang ini.
Tetapi yang sangat terkemuka di bidang fikih di antara dua orang Ulama Ibnu Hajar ini, adalah Ibnu Hajar al Haitami karena Ibnu Hajar al 'Asqalani lebih banyak kesibukannya dalam ilmu hadits daripada ilmu fiqih.

Sumber:
1.Sejarah dan Keagungan Madzab Syafi'i, karangan KH. Sirajuddin Abbas. 
2. al Shawaiq al Muhriqah.. mukaddimah riwayat hidup Sheikh Ibnu Hajar al Haitami.
3.Mukaddimah Kitab Fatawa al Kubro.

sumber pertama : di sini

NAMA DAN KETURUNAN BELIAU
Beliau adalah Syeikh al-Allamah al-FAqih al-Imam Ahmad binMuhammad bin Muhammad bin Ali bin Hajar as-Salmunti al-Haitami al-Azhari al-Wa`ili as-Sa`di al-Makki al-Ansori as-Syafi`i.
As-Salmunti adalah nisbah kepada negeri Haram di bahagian propinsi Syarqiyah Mesir, sebab keluarga beliau dahulu pernah tinggal di sana, kemudian pindah ke Mahalla Abi Haitam.
al-Haitami nisbah kepada Mahalla Abi al-Haitam sebuah desa di bahagian propinsi Gharbiyah Mesir.
Al-Azhari: nisbah kepada al-Azhar as-Syarif, sebab beliau pernah belajar di al-Azhar as-Syarif.

KELAHIRAN DAN PERTUMBUHAN BELIAU
Ibnu Hajar di lahirkan di desa Mahlla Abi Haitam pada bulan Rajab tahun 909 hijriyah, ayahnya meninggal dunia ketika Ibnu Hajar masih kanak-kanak, setelah wafatnya ayah beliau Ibnu Hajar di pelihara oleh kakeknya yang yang di karunia umur pajang sehingga meninggal dunia ketika berumur 120 tahun, kemudian dua orang syeikh ayah Ibnu Hajar memelihara dan mendidik beliau besar, mereka berdua adalah Syeikh Syamsuddin as-Syanawi dan Syeikh Syamsuddin as-Sarawi ibni Abi al-Hama`il., kemudian Ibnu Hajar di pindahkan ke Maqam Sayyid Ahad Badawi di Tonto atas jagaan dan rawatan gurunya Syeik as-Syanawi, di tempat itu beliau belajar berbagai macam dasar ilmu agama.

MENUNTUT ILMU DI AL-AZHAR AS-SYARIF

Pada tahun 924 beliau di pindahkan oleh gurunya Syeikh as-Syanawi ke Jami` al-Azhar untuk mendalami ilmu agama yang selama ini telah beliau pelajari dasar-dasarnya, mulailah beliau mempelajari Hadis , Nahu, ilmu Ma`ani, ilmu Bayan, Usul Fiqih, Aqidah, Mantiq, Fara`idh, Fiqih, Hisab dan kedoktoran.

Beliau sangat tekun sekali didalam mengaji dan menghapal pelajaran sehingga beliau sangat di sayangi oleh para guru-gurunya, kepintarannya membuat seluruh mata pelajaran mudah di pahami, beliau tidak pernah membuang-buang waktu untuk perkara-perkara yang tidak penting, bahkan beliau hanya memikirkan bagaimana dapat memahami seluruh ajaran gurunya.

Ibnu Hajar tidak menyia-nyiakan waktunya untuk belajar di Azhar Syarif, beliau sangat faham betul keberadaannya di Azhar merupakan anugrah Allah yang besar sekali kepada dirinya, tidak banyak orang beruntung dapat melanjutkan studynya ke Azhar Syarif yang ketika itu mencapai masa kegemilangannya.

Dengan berbekalkan keikhlasan, ketekunan,dan kepintaran akhirnya beliau menghabiskan studynya dengan mendapatkan ijazah dari seluruh guru-gurunya dan juga mendapatkan ijazah untuk mengajar dan berfatwa, ijazah tersebut tidak diberikan kecuali kepada orang-orang yang tertentu saja.

GURU-GURU IBNU HAJAR

Imam Ibnu Hajar berhasil menimba ilmu dari ulama-ulama besar pada masanya, beliau juga banyak berjumpa dengan ulama-ulama yang berusia lanjut dan musnid-musnid, diantara guru-guru beliau adalah :

1 - Syaikhul islam al-Faqih Zakaria al-Ansori ( 826-926 H ), beliau merupakan ulama fiqih teragung di Mesir pada masa itu, pemimpin para ulama, di kenal dengan ulama yang berkat, memiliki banyak karangan, diantara gurunya Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani dan Imam al-Bulqini.

2 - Imam Zainuddin Abdul Haq bin Muhammad as-Sunbathi ( 842-931 H), beliau merupakan seorang ulama besar ketika itu, dilahirkan di desa Sunbath Mesir, dan meninggal dunia di Makkah, diantara guru-guru beliauadalah al-Badr al-Aini, al-Jalal al-Bulqini, Ibnu Humam.

3 - ٍSyeikh Syihab as-So`igh Ahmad bin as-Sho`igh al-Hanafi ( wafat 934 H).

4 - as-Syamsuddin Ibnu Abi al-Hama`il ( wafat 871 H ).

5 - Syeikh as-Syamsuddin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad ad-Dalji ( 860-947 H ).

6 - Syeikh Muhammad bin Sya`ban bin Abu Bakar bin Khlaf ad-Dhairuthi ad-Dimyati ( 870-989 H ).

7 - Syeikh Ahmad bin Abdul Haq as-Sunbathi as-Syafi`i al-Masri ( wafat 950 H ).

8 - Syeikh Muhammad bin Muhammad bin Abdurrahman al-Bakri as-Syafi`i (wafat 952 H ).

9 - Syeikh Muhammad bin Muhammad bin Abdurrahman al-Hathobi al-Andalusi ( wafat 954 H).

10 - Syeikh Syihab Ahmad bin Ahmad bin Hamzah ar-Ramli al-Masri as-Syafi`i ( wafat 957 H ).
11 - Dan lain-lain .

BERHIJRAH KE MAKKAH
Imam Ibnu Hajar sering berkunjung ke Makkah, pertama sekali beliau berkunjung pada tahun 938 hijriyah beserta gurunya Syeikh Bakri, hunjingan kedua pada tahun 938 hijriyah, sementara pada tahun 940 hijriyyah beliau berangkat ke Makkah dan bermukim disana, sementara sebagian sebab keluarnya beliau dari negeri Mesir adalah karena sebagian kitab-kitab beliau di curi oleh orang yang hasad terhadapnya, beliau mersa tertekan sekali terhadap kejadian tersebut, sehingga beliau meninggalkan Mesir selama-lamanya dan tinggal di Makkah selama 34 tahun lamanya sampai beliau menutup mata.

BUAH KARYA IBNU HAJAR
Hasil tulisan Imam Ibnu Hajar mencapai 117 kitab dengan berbagai disiflin ilmu baik dari hadis, fiqih, sirah, nahu, adab, akhlaq dan aqidah, akan tetapi beliau sangat terkenal dengan ilmu fiqih.
Diantara karangan-karangan beliau adalah :

1 - al-Fathu al-Mubin Bi Syarhi al-Arba`in, kitab ini merupakan syarah Matan al-Arba`in an-Nawawi, telah dicetak di Mesir pada tahun 1307 hijriyah.

2 - al-Fatawa al-Hadisiyyah, kitab ini merupakan fatwa-fatwa yang berhubung dengan hadis dan pemahamannya, tetapi tidak khusus terhadap ilmu hadis, memiliki manfaat yang besar, diantara isinya adalah Imam Ibnu Hajar mumbuka kesesatan Ibnu Taimiyyah didalam aqidahnya, buku ini telah di cetak berulang kali.

3 - Fathu al-Ilah Bi Syarhi al-Misykah, kitab ini di karang pada tahun 954 hijriyah atas permintaan ulama-ulama India, kitab ini merupakan syarak kitab Misykati al-Mashabih.

4 - Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, kitan ini merupakan kumpulan fatwa yang telah di kumpulkan muridnya Syeikh Abdurrauf al-Wa`izh az-Zamzami.

5 - Tuhfatul Muhtaj Bi Syarhi al-Minhaj, kitab ini dikarang oleh Imam Ibnu Hajar dalam masa enam bulan saja, kitab yang sangat penting sekali dikalangan ulama Syafi`iyyah, menjadi pegangan oleh ulama-ulama tanah Hijaz, Yaman, dan Nusantara.

6 - Minhajul al-Qawim Bi Syarhi Masa`ili Ta`lim, kitab ini merupakan syarah kitab al-Muqaddima al-Hadramiyyah, telah di karang pada tahun 944 hijriyah karena permintaan al-Faqih Abdurrahman al-Amudi.

7 - al-Manhu al-Makkiyyah Fi Syarhi al-Hamziyyah, kitab ini merupakan syarah qasidah Imam al-Bushairi.

8 - ad-Daru al-Mandhudh Fi as-Solati Wa as-Salami Ala Sohibi al-Maqam al-Mahmud.

WAFAT IMAM IBNU HAJAR

Setelah beliau menebarkan ilmunya di Makkah al-Mukarramah, dihadiri oleh ribuan murid-murid yang setia kepada beliau, umur yang berkat telah di habiskan untuk mengajar umat tentang agama mereka sehingga beliau lanjut usia, sakit pun mendatangi beliau sehingga beliau terpaksa meninggalkan kursi pengajian.

Pada tanggal 23 rajab tahun 974 hijriyah akhirnya beliau menutup mata dengan ridha menghadap tuhannya, beribu murid menangisi kepergian beliau, umat bersedih dengan wafatnya ulama panutan, para ulama merasa begitu kehilangan dengan seorang ulama yang ramah dan berilmu tinggi.

Akhirnya beliau diusung ke Masjid al-Haram Makkah dan di shalatkan di bawah pintu ka`bah, kemudian di bawa ke perkuburan al-Ma`la dan di kuburkan di tempat penyaliban sahabat yang mulia Abdullah bin Zubair.

RUJUKKAN 
1 - Fahras al-Faharis Wa al-Atsbat Wa Mu`jam al-Ma`ajim Wa al-Masyikhat Wa al-Musalsalat, karangan Syeikh Abdul Hayy bin Abdurrahman al-Kattani : 1 / 337, cetakkan kedua tahun 1402 - 1982 terbitan Dar al-Gharb al-Islami.
2 - Mu`jam al-Ma`ajim Wa al-Masyikhat Wa al-Faharis Wa al-Baramij Wa al-Atsbat, karangan Yusuf Abdurrahman al-Mar`asyli : 1 / 580 , cetakkan kedua, 1426 - 2005 , terbitan Maktabah ar-Rusyd.

sumber kedua : diambil di sini

Ahad, 11 November 2012

Imam Baghawi (Sahib Tafsir Al Baghawi)


Imam al-Baghawi atau nama penuhnyaal-Imam, al-Hafiz, al-Faqih, al-Mujtahid, Muhyis Sunnah, Ruknuddin, Abu Muhammad al-Husain bin Mas`ud bin Muhammad al-Farra' al-Baghawi asy-Syafi`i rahimahullah adalah seorang ulama besar bermazhab Syafi`i. Beliau adalah seorang ulama yang mengabdikan dirinya untuk kitab al-Quran yang mulia dan as-Sunnah an-Nabawiyyah, dengan mempelajari, mengajar, menulis dan menyingkap perbendaharaan dan rahsia - rahsia keduanya. Yaqut al-Hamawi dalam "Mu'jam al-Buldaan" menyatakan bahawa Imam al-Baghawi dilahirkan pada tahun 433H, namun az-Zarkali dalam "al-A'lam" menyebut tahun 436H sebagai tahun kelahiran beliau.

Imam al-Baghawi mempunyai ramai guru, antaranya, al-Imam al-Qadhi Husain bin Muhammad al-Mirwazi (al-Maruzi / al-Marwazi) asy-Syafi`i, Syaikh `Abdul Wahid bin Ahmad bin Abil Qasim al-Mulaikhi al-Harawi, al-Faqih Abul Hasan 'Ali bin Yusuf al-Juwaini, Musnid Khurasan Syaikh Abu Bakar Muhammad bin `Abdus Shamad at-Turaabi al-Mirwazi, Imam Abul Qasim `Abdul Karim bin Hawazin al-Qusyairi dan ramai lagi, sehingga dikatakan jumlah guru- guru beliau adalah sekitar 460 orangrahimahumullahu ta`ala jami`an.

Imam al-Baghawi telah dipuji oleh ramai ulama atas ketinggian ilmu dan ketakwaan beliau. Qadhi Ibnu Syuhbah dalam "Thabaqaat asy-Syafi`iyyah" memuji beliau sebagai: "seorang yang kuat beragama, alim dan beramal dengan jalan para salaf". Imam az-Zahabi menulis dalam "Siyar A'laam an-Nubala`": "Adalah al-Baghawi digelar sebagai "Muhyis Sunnah (penghidup ajaran sunnah) dan "Ruknuddin (Sendi/Tiang Agama)", beliau adalah pemimpin, Imam yang `Alim lagi `Allaamah, seorang yang zuhud serta sentiasa bersikap qana`ah". Imam as-Sayuthi pula dalam "Thabaqaat al-Huffaz"menyatakan: "Dan telah diberkati baginya (yakni al-Baghawi) dalam karya-karya beliau kerana niatnya yang baik, sesungguhnya beliau adalah termasuk dalam kalangan ulama rabbani yang sentiasa beribadah dan mengabdikan dirinya kepada Allah dan memiliki sifat qanaah yang tinggi." Dalam"Thabaqaat al-Mufassirin", Imam as-Sayuthi menyebut Imam al-Baghawi sebagai: "Beliau adalah Imam dalam tafsir, Imam dalam hadits dan Imam dalam fiqh". Imam Ibnu Katsir dalam "al-Bidayah wan Nihayah" menyatakan bahawa: "Beliau (Imam al-Baghawi) adalah orang yang paling `alim di zamannya, kuat berpegang dengan agama, seorang zahid yang warak, ahli ibadah dan seorang yang sholeh." Qadhi Ahmad bin Muhammad al-Barmaki al-Irbili asy-Syafi`i @ Ibnu Khallikan dalam"Wafayaat al-A'yaan" menyebut Imam al-Baghawi sebagai: "al-Faqih, asy-Syafi`i (pengikut mazhab Syafi`i), al-Muhaddits, al-Mufassir, Lautan Ilmu."

Imam al-Baghawi rahimahullah meninggalkan karya-karya bernilai dalam berbagai bidang, antaranya:-
  1. Tafsir Ma`aalim at-Tanziil;
  2. at-Tahdzib fi fiqh al-Imam asy-Syafi`e;
  3. Syarhus Sunnah;
  4. Mashaabiihus Sunnah;
  5. al-Anwaar fi Syamaail an-Nabi al-Mukhtar;
  6. al-Jam`u bayna ash-Shahihain;
  7. Majmu`ah min al-Fatawa.
Tafsir "Ma`aalim at-Tanziil" atau lebih masyhur disebut sebagai"Tafsir al-Baghawi" adalah tafsir bil ma'tsur yang amat bernilai sehingga Ibnu Taimiyyah al-Harrani pernah menyatakan bahawa:" Tafsir al-Baghawi adalah ringkasan bagi Tafsir Tsa'labi akan tetapi beliau telah menapisnya daripada hadits-hadits yang maudhu` dan pendapat - pendapat yang bid`ah."

Imam al-Baghawi rahimahullah wafat dalam bulan Syawwal tahun 516H dan jenazah beliau disemadikan bersebelahan dengan makam guru beliau, al-Imam al-Qadhi Husain rahimahullah. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati beliau dan menempatkan beliau bersama dengan para anbiya`, syuhada` dan shalihin.

Imam al-Baghawi ketika menafsir ayat ke-52 surah asy-Syura menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kalimah "al-iman" dalam ayat tersebut adalah "segala syariat dan tanda keimanan". Oleh itu, dapat difahami bahawa perkara yang tidak diketahui oleh Junjungan Nabi SAW sebelum wahyu diturunkan kepada baginda adalah mengenai hukum - hakam syariat baginda dan bukannya perkara yang menjadi akidah keimanan (`aqaaidul iman). Ayat tersebut tidak membawa maksud, yang sebelum diturunkan wahyu, baginda SAW tidak mengetahui perkara akidah keimanan dan tidak beriman kepada Allah SWT dengan akidah yang benar. Jauh sekali para nabi sekaliannya, apatah lagi Penghulunya Para Nabi, Junjungan Sayyidina Muhammad SAW daripada tidak beriman dengan segala simpulan keimanan / aqaidul iman kepada Allah SWT. Kita harus tahu membedakan antara "syariat" dan "aqidah", jelas bahawa Imam al-Baghawi menyatakan yang tidak diketahui adalah "syara`i`ul iman'" dan bukannya "`aqaaidul iman".Fahamilah dengan benar wahai ikhwah, agar kita tidak mencemar kehormatan para nabi secara sedar atau tanpa sedar. Sebagai penegasan mengenai keimanan para nabi 'alaihimus sholatu was salam kepada Allah SWT dengan akidah yang benar dan jitu, walaupun sebelum mereka dilantik menjadi nabi, Imam al-Baghawi turut menyatakan bahawa:-

Para ulama usuluddin berpegang atas pandangan bahawasanya para nabi 'alaihimus salam adalah orang - orang yang beriman sebelum wahyu diturunkan kepada mereka. Dan adalah Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi was salam beribadah kepada Allah, sebelum diturunkan wahyu kepada baginda, atas agama / syariat Nabi Ibrahim dan ketika itu belum lagi dijelaskan bagi baginda akan segala syariat agama baginda (yakni segala syariat Islam yang diturunkan kepada Baginda Muhammad SAW).

Allahu ... Allah, malang sejuta kali malang bagi sesiapa yang tidak menahan lidahnya daripada mencemar kehormatan para nabi. Mudah-mudahan kita diselamatkan Allah daripada perbuatan tersebut.

sumber : bahrusshofa.

Jumaat, 2 November 2012

Sheikh Badiuzzaman Said An Nursi.


Dalam suatu pengajian di Masjid al-Iman,Damsyik,Syria,Syeikh Dr Muhammad Ramadhan al-Buti telah menceritakan bahawa Badiuzzaman Sa'id An-Nursi(gambar) ini asalnya hanyalah seorang pelajar yang biasa.Hafalan dan kecerdasannya pun biasa2 sahaja.Tidak ada kelebihan yang ia miliki hingga mengatasi pelajar2 lain 
di sekolahnya.Namun perubahan mulai terlihat pada diri beliau setelah berlaku kejadian berikut.

Suatu hari seorang pengemis berpakaian lusuh dan hina datang ke madrasah tempat Badiuzzaman Sa'id An-Nursi menuntut ilmu.Seorang demi seorang pelajar dihampiri,untuk meminta sedikit makanan untuk mengisi perutnya yang kelaparan.Namun setiap pelajar yang didekatinya selalu menjauhinya.Sebelum didekati,mereka sudah menghindar kerana geli dan jijik melihat penampilan pengemis tua yang hina ini.

Berbeza dengan Badiuzzaman Sa'id An-Nursi,dia berasa sangat kasihan.Beliau segera turun dari biliknya,lalu memberikan makanan bekalan daripada ibunya kepada pengemis itu.Bukan setakat itu sahaja,malah beliau makan bersama pengemis itu dengan penuh tawadhuk sambil berbincang2 cukup lama dengannya.Tidak ada perasaan geli atau jijik,apalagi keangkuhan dalam hatinya.

Beberapa hari selepas itu,seisi madrasah menyaksikan "kelahiran baru" Badiuzzaman Sa'id An-Nursi.Beliau menjadi pelajar yang sangat cerdas dan penuh hikmah.Beberapa tahun selepas hari itu,seluruh Turki Uthmani menyaksikan tokoh ini memimpin gerakan Risalah an-Nur(Risalah Cahaya) menyebarkan kesedaran Islam di tengah2 arus sekularisme yang sedang menguasai negara itu.

Beliau akhirnya tampil sebagai Ulama' dan pemimpin negara yang disegani.Ajaran2 hikmahnya terus bersinar hingga ke hari ini,bahkan hingga ke akhir zaman nanti dengan izin Allah



di ambil dari Ustaz Haniff Abu Talib.