Jumaat, 7 September 2012

Maulana Anwar Shah Kashmiri (Muhaddith Besar Hind)



Muhadith Maulana Anwar Shah Kashmiri (1875-1933) merupakan tokoh ulama Deoband yang tekenal dengan jolokan sebagai "perpustakaan bergerak" kerana mempunyai daya ingatan yang kuat dan menguasai berbagai cabang ilmu yang diibaratkan sebagai sebuah perpustakaan tempat alim ulama membuat rujukan di kala hayatnya. Nokhtah-nokhtah penting pengajaran hadithnya dalam kelas dicatatkan oleh anak-anak murid beliau. Maka lahirlah kitab-kitab seumpama Faidhul BariAnwarul BariUrfu Shazi, Anwarul Mahmud,Maariful SunanNutq Anwar, dan Malfuzat Muhaddith Kashmiri yang dianggap sebagai hanya secebis daripada ilmu Allamah Kashmiri.

Antara kitab terbaru yang mengumpulkan tahqiqaqwaltafarrudat dan ifadat Allamah Kashmiri itu ialah kitab "Nawadirat Imam Kashmiri" yang ditulis oleh anak beliau sendiri Almarhum Maulana Anzar Shah Kashmiri (1927-2008, 81 tahun) yang juga penulis bukuNuqush Dawami, sebuah buku biography ttg Allamah Kashmiri. Semasa hayatnya Maulana Anzar Shah  mengajar kitab Bukhari jilid pertama (Bukhari cetakan India dibahagikan kepada 2 jilid). Fokus pengajarannya ialah menjelaskan dan menghuraikan buah fikiran ayahandannya. Kitab Nawadirat ini ialah hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat tersebut. Ia merakamkan lebih daripada 200 pendapat Anwar Shah yang ganjil diselitkan dicelah-celah pengajaran hadith-hadith Bukhari daripada bab muqadimah ttg Bukhari hinggalah Kitab Ilmu. Buku ini setebal 376 mukasurat dan dicetak oleh  Jamiah Imam Anwar, Deoband, dibawah kelolaan Sayyid Ahmad Khidir Shah, anak Maulana Anzar Shah iaitu cucu Allamah Anwar Shah.

Beliau mengingati beribu-ribu karya hadis termasuklah makhtutat (manuskript) samada matan, sanad berserta jarah wa ta`dil. Diceritakan berlaku perdebatan antara Deobandi dan Ahli Hadith di India. Anwar Shah mencabar rakannya daripada Ahli Hadith agar membaca helaian hadith2 Bukhari secara hafalan kepadanya jika benar dia mendakwa bahawa dia Ahli Hadith. Rakannya daripada Ahli Hadith menjawab kalau kamu mampu lakukanlah. Lantas beliau membacanya melalui hafalannya bermula dengan hadis pertama tanpa henti-henti sehinggalah terpaksa diberhentikan apabila dia telah membaca sampai 30 helai hadith Bukhari cetakan India yang besar itu.

Sheikh Zulfiqar Ahmad menceritakan bagaimana kurniaan Allah pada Allamah Anwar Shah Kashmiri tentang photographic memory beliau. Sila klik sini

sumber dari ustaz zaharuddin nawi : ibnnawi.blogspot.com (pelajar darul ulum deoband)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan