Jumaat, 25 Januari 2013

Maulana Qasim Nanautawi (Pengasas Darul Ulum, Deoband, India)


Pengasas Darul Uloom Maulana Qasim Nanutawi belajar ilmu hadith dengan Shah Abdul Ghani Mujaddidi Dehlawi dan tamat daurah hadith pada tahun 1849 ketika berumur 17 tahun. Pekerjaan pertama yg dilakukan oleh beliau ialah menjadi editor kpd Sahih Bukhari yg baru hendak dicetak oleh Muhaddith Maulana Ahmad Ali Saharanpuri dibawah percetakan Ahmadi miliknya. Waktu itu naskhah kitab Bukhari sukar didapati. Yang ada hanya dalam bentuk tulisan tangan. Pemilihan beliau sebagai editor sudah tentu mendapat rungutan drp ramai orang kerana umurnya yg masih muda tetapi Maulana Ahmad Ali mengetahui kedudukan ilmu dan keupayaan Maulana Nanutawi melakukan pekerjaan tersebut terutama dalam menyempurnakan hasiyah yang telah ditinggalkan oleh Maulana Ahmad sendiri kerana kesibukannya.

Sebelum itu Maulana Qasim hanya tinggal di rumah setelah habis belajar. Dia tidak bekerja. Ayahnya sangat rungsing kerana dialah satu-satunya anak lelaki yang diharapkan dapat membantu keluarga. Begitulah harapan ayahnya yang sebelum ini telah menghantar Maulana untuk belajar di kolej di Delhi. Setelah lama belajar di situ akhirnya Maulana meninggalkan kolej tersebut tanpa mengambil peperiksaan walaupun beliau adalah pelajar yang paling cerdas dan gemilang di situ. Walaupun belajar subjek kolej tetapi Maulana tetap belajar kitab agama dengan Maulana Mamluk yang menjaganya di kolej tersebut. 

Ayahnya mengadu hal Maulana Qasim kepada Maulana Imdadullah yang dianggap  sebagai sheikh dan pakar rujuk rohani pada waktu itu. Dikatakan Maulana Imdadullah Muhajir Makki tersenyum lebar dan mengatakan orang yang tidak bekerja ini akan menjadi terkenal dan akan memiliki ramai pembantu yang akan bekerja membantunya. Namanya akan dipsebut-sebut dan dijulang-julang. Allah akan memberikan pekerjaan kpdnya di mana orang gajinya akan bertambah dari sehari ke sehari.

sumber : Ustaz Ibn Nawi

Tambahan :

Ustaz saya pernah menceritakan sikit tentang Maulana Qasim. Suatu ketika di India, ada seorang Sami yang dikatakan boleh terbang. Ramai orang terpengaruh dengan beliau. Dikhuatiri akidah Muslimin akan terjejas, mereka telah melaporkan pada Maulana Qasim. Kata Maulana Qasim rahimahullah, bawa seliparku dan campakkan di hadapan dia. Apabila selipar Maulana di campak, maka selipar itu terbang dan mengetuk kepala si sami tersebut.

Itu antara karamah yang di kurniakan pada Hadrat Almarhum Maulana Qasim.

Boleh klik link ini, The Excellence of Maulana Qasim oleh Sheikh Mumtaz.

Ahad, 20 Januari 2013

Al-‘Alim al-Rabbani Syeikh Muhammad Sa‘id al-Kuhail al-Himsi رحمه الله



Imam dan khatib Masjid Saidina Khalid bin al-Walid RA di Bandar Hims, Syria dan syeikh Tariqat Syaziliyyah Darqawiyyah di Syam, al-‘Arif Syeikh as-Sayyid Muhammad Sa‘id al-Kuhail al-Himsi al-Hanafi ad-Darqawi telah meninggal dunia pada hari Selasa lepas, 25/09/2012 di Jeddah, Arab Saudi. Jenazah beliau kemudian dimakamkan di perkuburan al-Baqi‘, Madinah al-Munawwarah. Beliau dilahirkan pada tahun 1353H/ 1933.

Syeikh Muhammad Sa‘id al-Kuhail adalah murid dan khalifah Syeikh Tariqat Syaziliyyah Darqawiyyah di Syam sebelumnya, Mawlana al-‘Arif Syeikh ‘Abd ar-Rahman as-Syaghuri ad-Dimasyqi (1331 - 1425H).

Beliau meriwayatkan sanad keilmuan dari ramai tokoh ulama besar di Syam, Mesir, Maghribi dan lain-lain. Beliau pernah mengaji kitab (نخبة الفكر) dalam mustalah al-hadith daripada al-‘Allamah al-Hafiz Sayyid Ahmad ibn al-Siddiq al-Ghumari (1320 - 1380H).

Antara guru beliau yang lain ialah al-‘Allamah Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masysyat al-Maliki al-Makki (1317 - 1399H), al-‘Allamah as-Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maliki al-Hasani (1325 - 1391H), al-‘Allamah al-Kabir Syeikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabbani al-Maliki (1313 - 1390H), Syeikh Muhammad Nur Saif al-Hilali al-Maliki (1323 - 1403H), al-‘Allamah al-Muhaddith Syeikh Muhammad Ibrahim bin Sa‘dullah al-Khutani al-Bukhari al-Hanafi al-Madani (1311 - 1387H) dan lain-lain.

رحمه الله تعالى رحمة واسعة
- الفاتحة -

Rujukan:
-         Multaqa al-Nukhbah.
-         Rawd ar-Rayyahin. 
sumber : Ustaz Khofidz Soroni , sawanih wa khawatir