(Dr Wahbah Zuhaili)
~alfaqir pernah membaca kitab beliau, tafsir al Munir karangan
beliau dan Fiqhul Islam Wa Adillatuh~
Pujangga menyebut :
“Sesungguhnya mengetahui orang-orang hebat itu adalah perbendaharaan”
Ini memberi erti selayaknya bagi seorang mengenali tokoh dan kewibawaan mereka yang mempunyai kelebihan dan kewibawaan sama ada yang masih hidup atau bersahabat dengan mereka. Ini disebabkan kerana terlalu banyak faedah hasil daripada ilmu, tajribah, pengalaman hidup yang ada pada mereka. Kita perlu mencontohinya sekalipun kita bukanlah setaraf dengannya seperti pepatah arab :
فتثبهوا إن لم تكونوا مثلهم إن التثبه بالكرام فلاح
Contohilah
sekalipun kamu tidak setara dengan mereka,
Kerana
mencontohi yang mulia itu pasti berkemenangan.
Rasulullah
SAW pernah bersabda dalam sebuah hadith yang dinyatakan oleh Ibn al-Qayyim dan
Ibn al-Wazir telah mensahihkan atau menghasankannya antara lain sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Ilmu ini aka
dipikul dari setiap zaman dan generasi yang adilnya, mereka akan membasmi
penyelewengan yang melampau dan ajaran ahli batil di samping takwilan orang
jahil"
Dr. Yusuf
al-Qardhawi di dalam bukunya Kaifa Nata’amal Ma’a al-Sunnah al-Nabawiyah
menjelaskan secara panjang lebar berkenaan dengan mafhum dan hadith ini.
Penulis menyebut hadith ini kerana sifat Syeikh Wahbah adalah seperti yang
diungkapkan oleh Rasulullah SAW sama ada membawa risalah ilmu sebagai Warasatu
al-Anbiya’ dan juga membasmi segala bentuk penyelewengan dengan hujah-hujah
naqliah dan aqliah BI’AH
Prof. Dr.
Wahbah al-Zuhaili (selepas ini digelar syaikh sahaja) dilahirkan di negeri
Syam. Bumi Syam merupakan bumi yang mempunyai keberkatan kerana doa Nabi SAW
dalam hadith yang sahih :
اللهم بارك لنا في شامنا
Ya Allah!
Berkatkanlah bagi kami negeri Syam kami
Sejarah juga
telah membuktikan ramai tokoh-tokoh terbilang lahir di negeri Syam sejak zaman
berzaman dahulu lagi antaranya Sultan al-Ulama’ Iz Al-Din bin Abd al-Salam,
Imam al-Nawawi dan ramai lagi.
PERKAMPUNGAN
SYAIKH
Syaikh dilahirkan pada tahun 1351H bersamaan 6 Mac 1932M diperkampungan Dir ‘Atiyah, satu kawasan di Qalmun daerah al-Nabk iaitu di pinggir Kota Damsyiq. Beliau dinamakan dengan Wahbah Mustafa al-Zuhaili dan digelar Abu ‘Ubadah. Ini kerana salah seorang anaknya bernama ‘Ubadah.
Ayahnya
bernama al-Haj Mustafa al-Zuhaili yang merupakan seorang hafiz al-Quran dan
seorang yang banyak membawa siang dan malam. Seorang yang banyak beribadat dan
berpuasa dan memelihara solat jemaah di masjid. Ayahnya bekerja sebagai
peladang dan peniaga.
Ibunya pula
bernama Hajjah Fatimah binti Mustafa Sa’adah. Seorang ibu yang dihiasi dengan
sifat warak dan bepegang teguh dengan syari’at dan beramal dengannya.
KEHIDUPAN
ILMUNYA
Beliau
mendapat didikan dan tarbiyah sejak kecil lagi dari kedua orang ibu bapanya.
Syaikh juga mempelajari sekolah rendah dan tamat di perkampunganya sebelum
berpindah ke Kota Damsyiq atas dorongan ibunya. Kemudian syaikh menyambung
pengajian menengah dan thanawi di Kota Damsyiq. Syaikh pernah menceritakan
bahawa beliau pernah belajar dengan seorang tokoh Nahu pada zamannya yang
terkenal iaitu Syaikh al-Kafrawi.
Seterusnya
syaikh menyambung pengajian di Kuliah Syariah di mana maahad tersebut merupakan
taraf yang cukup tinggi di Syiria. Di Kuliah Syariah, Syaikh telah belajar hampir 6 tahun dan mendapat
darjah Tajhiz – Thanawi – Syar’iyyah pada tahun 1952.
Kemudian
syaikh menyambung pengajian ke Mesir. Beliau telah belajar di beberapa Kuliah
dan di beberapa university pada waktu yang sama. Namun secara khususnya, beliau
mempelajari di Universiti al-Azhar dalam dua Kuliah iaitu Syari’ah dan Lughah
Arabiah. Begitu juga beliau belajar di Kuliah Undang-undang di Universiti ‘Ain
Syams. Beliau telah mendapat sijil seperti berikut :
i. Sijil
Syahada ‘Aliah dalam Syariah Islamiah daripada Kuliah Syariah, Universiti
al-Azhar tahun 1956. Kedudukannya ialah tempat pertama dari keseluruhan
pelajar.
ii. Ijazah
Takhassus dengan pengajaran dan pendidikan daripada Kuliah Lughah Arabiah,
Universiti al-Azhar tahun 1957.
iii.
Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya pada peringkat Master dan pada tahun
1959 beliau telah memperoleh Master dalam Syariah Islamiah dari Kuliah Huquq
(Undang-undang) dan tajuk risalahnya ialah al-Zara’I Fi al-Siasah al-Syar’iyyah
wa al-Fiqh al-Islami.
iv. Selepas
itu beliau meneruskan kajian ilmiahnya untuk mencapai Ph.D pada tahun 1963 di
mana tajuk tesisnya Athar al-Harb Fi al-Fiqh al-Islami : Kajian Perbandingan.
Beliau telah diselia oleh Prof. Dr. Muhammad Sallam Madkur. Akhirnya syaikh
telah dianugerahkan martabat Syaraf Ula.
Diambil dari Ustaz Haniff
Tiada ulasan:
Catat Ulasan