Jumaat, 2 November 2012

Sheikh Badiuzzaman Said An Nursi.


Dalam suatu pengajian di Masjid al-Iman,Damsyik,Syria,Syeikh Dr Muhammad Ramadhan al-Buti telah menceritakan bahawa Badiuzzaman Sa'id An-Nursi(gambar) ini asalnya hanyalah seorang pelajar yang biasa.Hafalan dan kecerdasannya pun biasa2 sahaja.Tidak ada kelebihan yang ia miliki hingga mengatasi pelajar2 lain 
di sekolahnya.Namun perubahan mulai terlihat pada diri beliau setelah berlaku kejadian berikut.

Suatu hari seorang pengemis berpakaian lusuh dan hina datang ke madrasah tempat Badiuzzaman Sa'id An-Nursi menuntut ilmu.Seorang demi seorang pelajar dihampiri,untuk meminta sedikit makanan untuk mengisi perutnya yang kelaparan.Namun setiap pelajar yang didekatinya selalu menjauhinya.Sebelum didekati,mereka sudah menghindar kerana geli dan jijik melihat penampilan pengemis tua yang hina ini.

Berbeza dengan Badiuzzaman Sa'id An-Nursi,dia berasa sangat kasihan.Beliau segera turun dari biliknya,lalu memberikan makanan bekalan daripada ibunya kepada pengemis itu.Bukan setakat itu sahaja,malah beliau makan bersama pengemis itu dengan penuh tawadhuk sambil berbincang2 cukup lama dengannya.Tidak ada perasaan geli atau jijik,apalagi keangkuhan dalam hatinya.

Beberapa hari selepas itu,seisi madrasah menyaksikan "kelahiran baru" Badiuzzaman Sa'id An-Nursi.Beliau menjadi pelajar yang sangat cerdas dan penuh hikmah.Beberapa tahun selepas hari itu,seluruh Turki Uthmani menyaksikan tokoh ini memimpin gerakan Risalah an-Nur(Risalah Cahaya) menyebarkan kesedaran Islam di tengah2 arus sekularisme yang sedang menguasai negara itu.

Beliau akhirnya tampil sebagai Ulama' dan pemimpin negara yang disegani.Ajaran2 hikmahnya terus bersinar hingga ke hari ini,bahkan hingga ke akhir zaman nanti dengan izin Allah



di ambil dari Ustaz Haniff Abu Talib.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan