Isnin, 24 September 2012

Habib Salim As Syatiri (Sultanul Ilm)

Habib Salim bin 'Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri dilahirkan di Kota Tarim, Hadhramaut pada tahun 1359H. Ayahanda beliau, Habib 'Abdullah adalah pendiri Rubath Tarim yang telah melahirkan ribuan ulama dan santri dari segenap pelosok dunia Islam. Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang sholih. Bonda Habib Salim, Syarifah Ruqayyah binti Muhammad bin Hasan Mawla Aidid, adalah seorang wanita yang sholihah yang gemar beruzlah untuk beribadah kepada Allah.

Tatkala berusia 3 tahun, Habib Salim menjadi yatim dengan pemergian ayahanda beliau ke rahmatUllah. Namun asuhan dan didikan agamanya tidak pernah terabai, belum pun genap umurnya 11 tahun beliau sudah hafal al-Quran. Beliau telah menimba berbagai ilmu pengetahuan dari sekitar 80 orang ulama-ulama besar Hadhramaut dan Haramain, antara guru beliau adalah:-

1. Habib Muhammad al-Mahdi;
2. Habib Abu Bakar;
3. Habib Hasan bin 'Abdullah asy-Syathiri;
4. Habib 'Alwi bin Syihabuddin;
5. Habib Ja'far bin Ahmad al-'Aydrus;
6. Habib 'Alwi bin 'Abbas al-Maliki al-Hasani;
7. Syaikh Hasan bin Muhammad Masyath;
8. Syaikh 'Abdullah Sa`id al-Lahji asy-Syafi`i;
9. Habib Hasan bin Muhammad Fad`aq;
10. Syaikh Hasan bin Sa`id.Sekembalinya beliau ke Yaman, beliau telah menggunakan masanya untuk berdakwah dan menyebar ilmu. Beliau pernah tinggal 15 tahun di Kota Aden dan menjadi guru dan khatib di Masjid Habib Abu Bakar al-'Adni bin 'Abdullah al-Aydrus. Pada tahun 1403, atas permintaan Habib Zain bin Ibrahim BinSmith dan Habib Muhammad al-Haddar, beliau bermukim di Kota Madinah dan mengasuh Rubath al-Jufri.

Telah banyak santri yang mengambil manfaat dari kedalaman ilmu beliau. Beliau dikenali memiliki keikhlasan yang tinggi, akhlak yang mulia serta sentiasa menjaga sunnah Junjungan Nabi s.a.w. Dakwah dan menyebarkan ilmu tidak menghalang dirinya untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah khususiyyah seperti sholat-sholat sunnat.
Setiap Ramadhan, beliau menambah sembahyang malamnya sehingga 100 rakaat setiap malam. Kini Habib Salim mengabdikan dirinya untuk mengasuh Rubath Tarim yang mempunyai sekitar 500 orang santri dari berbagai negara termasuklah Malaysia. Selain itu, beliau tetap melakukan rehlah dakwah ke berbagai pelosok dunia Islam. Mudah-mudahan Allah memberi kesihatan yang sempurna serta melanjutkan usia ulama yang digelar sebagai "Sulthanul 'Ilmi" ini demi manfaat agama dan umat. Allahumma aamiin.

Khamis, 20 September 2012

Sheikh Saad Nomani Madani Hafizahullah (Cicit Imam Abu Hanifah)

Susur galur keturunan

Saad Bin Shahid Bin Khalil-ur-Rahman Bin Fazl-ur-Rahman Bin Badr-ud-Din Bin Imam-ud-Din Bin Elahi Bakhsh Bin Imam Ali Bin Mahar Ali Bin Fazal Ali Bin Musharraf Ali Bin Ashraf Ali Bin Muzaffar Bin Khan Muhammad Bin Fathullah Bin Sadr-ud-Din Bin Hameed-ud-Din Bin Najeeb-ud-Din Bin Muhammad Bin Sultan Muzaffar Bin Ibrahim Bin Abo Bakr Bin Abd-ur-Rasheed Bin Abdullah Bin Abd-us-Samad Bin Abo Hayyan Abdullah Bin Hammad Bin Imam Abu Hanifa Numan Bin Thabit,(rahimahu’Allah).

Shaikh Saad Nomani dikenali dengan kebolehannya membaca 83 cara bacaan (Qiraat) Imam-Imam masjid terutamanya dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. kebolehan ini dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada beliau kerana rajinnya menghafal,membaca dan meniru bacaan Al-Quraan Imam-Imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sejak dari kecil lagi.kemana beliau pergi,ke sekolah,berehat,berjalan dan sebahagian besar masanya dihabiskan dengan Al-Quran.

pendidikan.

- Hafizul Quran,Madrasah Mus'ab Bin Umair (R.A) (Jeddah,Arab Saudi) (1995)

- Qiraat dan Tajwid,Madrasah Darul Qur'aan (Madinah, Arab Saudi) (1998)

- Matrikulasi, Pakistan International School,(Jeddah,Arab Saudi) (1999)

- Ijazah Sarjana Muda pengajian islam,Jamia Darul Uloom (Karachi,Pakistan)(2004)

- Master pengajian islam,Jamia Darul Uloom (Karachi,Pakistan)(2006)

Ijazah sanad qiraat Al-Quran

1. Shaikh-ul-Qurra' Muhammad Abdul Majid Zakir (Riyadh)

2. Shaikh Shfeeq bin Muhammad Sulaiman Al Qazi (Madina)

3.Shaikh Ehtisham-ul-haq bin Noor-ul-hasan (Riyadh)

4. Shaikh Qari Muhammad Rafeeq (Jeddah)

5.Shaikh Qari Abdul Malik (Islamabad)

Ijazah sanad Hadith

1.Shaikh Allamah Mufti Aashiq Elahi Al Barni

2.Shaikh-ul-Hadees Allamah Anzar Shah Kashmiri

3.Shaikh-ul-Hadees Allamah Sarfaraz Khan Safdar

4.Shaikh-ul-Hadees Allamah Saleemullah Khan

5.Shaikh Mufti Muhammad Rafee Usmani (Grand Mufti of Pakistan)

6.Shaikh-ul-Islam Allama Muhammad Taqi Usmani

7.Shaikh Khowaja Khan Muhammad

perakuan dan pengiktirafan Qiraat dan Hadith dari para Ulama`

1.Shaikh Muhammad Abdul Majid Zakir
(Qari senior dari Riyadh dan pengajar kepada hampir kebanyakan Qari`, termasuk ustaz kepada Sheikh Sudais and Sheikh Ali Jaber)

2. Shaikh Khaleel Abdur Rahman Al Qari'

(Qari senior dari Madinah pengajar kepada hampir kebanyakan Qari`, termasuk ustaz kepada Sheikh Subaiyyel and Sheikh M. Ayoob)

3. Shaikh Abdul Bari At Thubetie (Imam Masjid Nabawi)

4. Shaikh Muhammad Ayyoub (Imam Masjid Nabawi)

5. Shaikh Ali Abdur Rahan Al Huzefi (Imam Masjid Nabawi)

6. Shaikh Salih bin Abdullah bin Humed ( Imam Masjidil Haram )

7. Shaikh Hussain bin Abdul Aziz Al Shaikh (Imam Masjid Nabawi)

8. Shaikh Abdul Muhsin Al Qasim (Imam Masjid Nabawi)

9. Shaikh Abo Bakar Jabir Al Jazaiery (Imam Masjid Nabawi)


beliau sering dijemput menjadi imam solat tarawikh di kebanyakan tempat.dan pernah sekali beliau menjadi imam solat tarawikh di negara kita. di masjid sultan salahuddin abdul aziz shah,shah alam,selangor pada tahun 2011.



dan beliau ada melawat Miftahul Uloom Baru Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur pada tahun 2011 untuk majlis khas bersama para pelajar madrasah dengan diterjemah oleh Hazrat Maulana Abdul Hamid Chin Hafizahullah,yakni imam Masjid Jamek Sri Petaling yang juga kini Syura` dakwah dan tabligh untuk Malaysia.

83 bacaan (qiraat) yang dibaca oleh Hazrat Ash-Shekih Saad Nomani Madani Hafizahullah

Makkah Mukarama:

01-Shaikh (late) Abdullah Al-Khulaifi

02-Shaikh (late) Abdullah Al Khayyat

03-Shaikh Abdullah As-Subayyil

04-Shaikh Salih Bin Humaid

05-Shaikh (late) Ali Jabir

06-Shaikh Saud Ash-Shuraim

07-Shaikh Abdur Rahman As-Sudais

08-Shaikh (late) Umer As-Subayyil

09-Shaikh Usama Khayyat

11-Shaikh Mahir Al-Muaiqly

12-Shaikh Abdullah Al-Juhani

13-Shaikh Khalid Al-Ghamdi

14-Shaikh Faisal Ghazzawi

15-Shaikh Adil Al-Kalbani.

Al-Madina Al-Munawara

16-Shaikh (late) Abdul Aziz bin Salih

17- Shaikh (late) Abdul Majeed Jabarti

18-Shaikh Ali Abdur Rahman Al-Hudhaifi

19-Ibrahim Al-Akhdhar (Retd.)

20-Shaikh Muhammad Ayub, (Ex.Taraweeh Imam)

21-Shaikh Abdul Wadood Maqbool Hanif, (Ex.Taraweeh Imam)

22-Shaikh Ali As-Sudais, (Ex.Taraweeh Imam)

23-Shaikh Abdul Bari Athubaiti

24-Shaikh Hussain Al-Ashaikh

25-Shaikh Abdul Mohsin Al-Qasim

26-Shaikh Salah Al-Budair.

Masjid Quba – Madina al-Munawara:

27-Shaikh Muhammad Abid

28-Shaikh Muhammad Khalil

29-Shaikh Ahmed Al-Hudhaifi

Masjid Qiblatain – Medina al-Munawara:

30-Shaikh Mahmood Khalil

Qari Masjid lain:

31-Shaikh Sa’ad Al-Ghamdi

32-Shaikh Abdullah Basfar

33-Shaikh Mishary Rashid Al-Afasy

34-Shaikh Hani Al-Rifai

35-Shaikh Nabil Al-Rifai

36-Shaikh Abdullah Al Matroud

37-Shaikh Ahmed Al-Ajmi

38-Shaikh Ahmed Khalil

39-Shaikh Abu Bakr As-Shatri

40-Shaikh Muhammad Al-Barrak

41-Shaikh Sulaiman Al-Muhaisni

42-Shaikh Khalid Al-Qahtani

43-Shaikh Nasir Al-Qutami

44-Shaikh Yasir Ad-Dosri

45-Shaikh Abdul Mosin Al-Ubaikan

46-Shaikh Majid Az-Zamil

47-Shaikh Abdul Wali Al-Arkani

48-Shaikh Idrees Abkar

49-Shaikh Abdul Aziz Al-Zahrani

50-Shiakh Salah Bukhatir

lain-lain:
51-Shaikh Muhammad Abdul Majid Zakir

52-Shaikh Khalil Abdur Rahman Al Qari

53-Shaikh Shafiqur Rahman Al Qazi

54-Shaikh Ehtisham ul Haqq

55-Shaikh Muhammad Rafeeq

56-Shaikh Abdur Rasheed

57-Shaikh Ghulam Muhammad

58-Shaikh Mufti Rafi Usmani

59-Shaikh Mufti Taqi Usmani

60-Shaikh Abdul Rauf Sakkharwi

61-Qari Mahmood

62-Qari Sakir Qasmi

63-Qari Waheed Zafar Qasmi

Qari dan Imam Mesir:

64-Shaikh (late) Mahmood Khalil Al Husari, (Hader)

65-Shaikh (late) Muhammad Siddiq Al-Manshawi, (Tarteel)

66-Shaikh (late) Muhammad Siddiq Al-Minshawi, (Hader)

67-Shaikh (late) Abdul Basit Abdul Samad, (Tarteel)

68-Shaikh (late) Abdul Basit Abdul Samad, (Hader)

69-Shaikh (late) Anter Muslim,

70-Shaikh (late) Muhammad Saeed Noor,

71-Muhammad Jibreel,

72-Shaikh Hajjaj Al-Hindawi.

teknik bacaan lain-lain:

73-Al-Hijazi

74-An-Najdi

75-As-Shami

76-Al-Basari

77-Al-Koofi

78-Al-Baghdadi

79-Hadar Maut

80-Makki Hazeeni

81-Al Hussaini

82-Pani Patti

83-Saad Nomani (bacaannya sendiri)

AL'ALLAMAH al Muhaddith al Syarif Sayyid Abdul Aziz al Siddiq al Ghumari al Idrisi al Hasani



AL'ALLAMAH al Muhaddith al Syarif Sayyid Abdul Aziz al Siddiq al Ghumari al Idrisi al Hasani dilahirkan di Tanjah, Maghribi pada 1338 Hijrah bersamaan 1918 Masihi daripada keluarga al Siddiq yang masyhur dengan keilmuan dan ketakwaan.


Nasab yang penuh ialah Abdul Aziz bin Muhammad bin al Siddiq bin Ahmad bin Muhammad bin al Qasim bin Muhammad bin Muhammad bin Abdul Mu'min bin Ali bin al Hasan bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad bin Abdullah bin Isa bin Sa'id bin Mas'ud bin al Fudhail bin Ali bin Umar bin al 'Arabi bin 'Allal bin Musa bin Ahmad bin Daud bin Idris bin Idris bin Abdullah al Kamil bin al Hasan al Muthanna bin al Hasan al Sibt bin Ali dan Fatimah al Zahra' binti Rasulullah SAW.

Bapanya Sayyid Muhammad al Siddiq merupakan salah seorang ulama dan wali Allah yang masyhur.

Manakala bondanya pula ialah Syarifah Fatimah al Zahra merupakan cucu kepada Sayyid Ahmad 'Ajibah al Hasani pengarang syarah kitab hikam yang masyhur iaitu Iqaz al Himam fi Syarh al Hikam dan kitab al Bahr al Madid fi Ulum al Quran al Majid.

Keberkatan bapanya juga terzahir apabila tujuh anak lelakinya menjadi ulama Islam yang alim lagi disegani iaitu Sayyid Ahmad, Sayyid Abdullah, Sayyid Muhammad al Zamzami, Sayyid Abdul Aziz, Sayyid Abdul Hayy, Sayyid Ibrahim dan Sayyid al Hasan.

Menurut sejarah Islam, belum ada lagi dalam sebuah keluarga yang menghimpunkan ulama besar Islam seramai ini, yang membidangi kemahiran yang pelbagai.

Semenjak kecil lagi beliau telah menghafaz al-Quran dan mendapat perhatian dan didikan yang sempurna daripada bapanya. Selepas itu beliau menyibukkan diri dengan menguasai ilmu-ilmu asas Islam.

Selepas kewafatan bapanya, pada tahun 1355 Hijrah, beliau ke Mesir bersama adiknya Sayyid Abdul Hayy dengan ditemani oleh abang sulung mereka, Sayyid Ahmad. Di sana beliau melanjutkan pengajian di al Azhar yang masyhur ketika itu menghidangkan pelbagai jenis ilmu Islam.

Antara guru-gurunya di sana ialah Syeikh Mahmud Imam al Mansuri, Syeikh Abdul Salam Ghunaim al Dimyati, Syeikh Muhammad Izzat dan ramai lagi. Di al Azhar, Sayyid Abdul Aziz al Ghumari telah memilih untuk mendalami mazhab Syafii disebabkan kelebihan dan ikatannya yang kuat dengan hadis Nabi SAW.

Pakar hadis

Selepas melengkap dirinya dengan pelbagai bidang ilmu dalam dirinya, beliau pun menumpukan sepenuh perhatiannya kepada hadis dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya.

Hafazannya terhadap hadis amat kuat dan luar biasa ditambah lagi dengan kemahirannya dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hadis seperti ilmu 'ilal dan rijal juga al Jarh wa al Ta'dil.

Kelebihannya berdamping dengan kedua orang abangnya Sayyid Ahmad dan Sayyid Abdullah memberikan banyak kelebihan dan faedah kepadanya sehingga beliau tampil masyhur di dunia Islam sebagai seorang ahli hadis yang terkemuka pada zamannya.

Beliau juga turut mendapat ijazah ilmiah daripada ramai jaguh ulama zamannya seperti Syeikh Umar Hamdan al Mahrisi, Syeikh Abdullah Muhamad al Ghazi al Hindi al Makki, al Musnid al Muarrikh Muhammad Raghib al Tabbakh al Halabi, al Musnid Sayyid Ahmad Rafi' al Tahtawi, al Imam al Akbar Muhammad al Khadir Husain al Tunisi, al 'Allamah Muhammad Zahid al Kauthari, al 'Allamah Muhammad Abdul Baqi al Ansari, al Musnid Sayyid Abdul Hayy al Kattani dan ramai lagi.

Apabila beliau bermusafir ke Mekah, para ulama di sana akan menyambut dan mengalu-alukan kedatangannya sebagai ahli hadis yang dikagumi. Mereka juga menganjurkan majlis periwayatan hadis Nabi untuk beliau menyampaikan ilmunya dan majlis tersebut mendapat sambutan yang luar biasa dan dihadiri oleh ramai penuntut ilmu dan umat Islam yang berkunjung ke Tanah Suci Mekah.

Dalam satu majlisnya di Mekah pada Hari Arafah, beliau juga telah mengijazahkan sebilangan besar ulama Islam yang terdiri daripada tuan guru dan kiai dari Tanah Melayu Nusantara dengan ijazah umum. Jumlah mereka yang diijazahkan itu mencecah angka ratusan orang di mana kebanyakan mereka adalah murid kepada Musnid al Dunya al 'Allamah Syeikh Muhammad Yasin al Fadani dari Indonesia, Malaysia dan Pattani.

Di antara tokoh ulama dari Malaysia yang menerima ijazah tersebut ialah Tuan Guru Haji Abdul Rahman pengasas Madrasah Rahmaniah yang dikenali sebagai Pondok Lubuk Tapah dan anaknya Tuan Guru Haji Abdullah, Tuan Guru Yahya Junid dan ramai lagi.

Beliau adalah seorang pakar hadis yang menceburi bidang tasawuf dan menyelam ke dasar lautannya. Pada dirinya terhimpun akhlak mulia ahli sufi yang menjadi kebanggaan Islam. Beliau adalah seorang ulama dan ahli hadis yang mengasihi Rasulullah SAW dan ahli keluarga Nabi SAW. Sering sahaja beliau dilihat mengalirkan air mata apabila dihikayatkan perihal keperibadian, kebaikan, kemuliaan dan sirah kehidupan Baginda SAW dan ahli keluarganya.

Beliau juga adalah seorang yang tegas dalam menyatakan kebenaran dan tidak pernah merasa takut dan gentar dalam menegakkan kalimah yang hak. Pelbagai ujian dan dugaan menimpa dirinya disebabkan kesungguhannya yang amat sangat dalam mempertahankan maruah agama dan umat Islam.

Biografi

Sebilangan daripada sanad-sanad miliknya telah ditakhrij oleh muridnya al Muhaddith Dr. Mahmud Sa'id Mamduh di bawah tajuk Fath al Aziz fi Asanid al Sayyid Abd al Aziz. Beliau juga turut menulis biografinya sendiri bertajuk Ta'rif al Mu'tasi bi Ahwal Nafsi.

Sayyid Abdul Aziz kembali ke kampung halamannya di Tanjah, Maghribi pada bulan Rabiulawal 1366 Hijrah selepas menghabiskan waktu selama 12 tahun menuntut ilmu di Mesir. Di Tanjah, beliau menyibukkan diri dengan menyampaikan ilmu pengetahuan, menulis kitab, menyampaikan ceramah, khutbah dan melazimi bacaan wirid serta zikrullah.

Beliau amat kuat menekankan tentang perlunya amal ibadah itu diamalkan dengan kesungguhan dan ilmu. Beliau pernah mewasiatkan kepada salah seorang murid kanannya agar mengkhususkan satu hari dalam seminggu untuk beramal ibadat dalam erti kata memenuhkannya dengan amalan sunat seperti solat, puasa, bacaan al-Quran, wirid dan selawat ke atas Nabi.

Setelah menghabiskan sebahagian besar usianya dalam lapangan ilmu dan dakwah, Sayyid Abdul Aziz dijemput menemui Ilahi pada hari Jumaat 6 Rejab 1417 Hijrah bersamaan 17 November 1996 Masihi. Beliau disemadikan di sisi makam ahli keluarganya di Zawiyah Siddiqiah, Tanjah Maghribi.





sumber : Utusan Malaysia

Rabu, 19 September 2012

Ibn Hazm(Ulama Yang Sibuk Bercinta)


Ibnu Hazm pernah jatuh cinta sebanyak tiga kali. Cintanya yang pertama ia tumpahkan kepada jariat (pembantunya) lalu menikahinya ketika Ibnu Hazm berusia di bawah 20 tahun.

Ketika isterinya yang lebih muda darinya itu meninggal dunia, ia larut dalam kesedihan dan menangis berbulan-bulan, walaupun seperti pengakuannya ia adalah orang yang sulit mencucurkan air mata.

Ia jatuh sakit sekian lama, bahkan kehilangan sebahagian ingatannya, walaupun kemudian sembuh.

“Demi Allah, hingga kini aku tidak pernah lagi merasa bahagia. Kehidupan setelah kepergiannya tidak nyaman lagi. Aku terus mengenangnya dan tidak lagi menemukan kesenangan dari selainnya.”

Sekali lagi, dengan demikian, Ibnu Hazm sendiri sibuk dalam cinta sepanjang hidupnya, sebagaimana ia disibukkan oleh ilmu-ilmu agama semacam fiqih (hukum Islam), tafsir, hadis dan teologi, bukan hanya perempuan sebagaimana tulisnya.

Ibnu Hazm menulis bahawa, “Cinta awalnya permainan dan akhirnya kesungguhan. Dia tidak dapat dilukiskan, tetapi harus dialami agar diketahui. Agama tidak menolaknya, syariat pun tidak melarangnya.”

“Ketika masih remaja, aku jatuh cinta kepada seorang gadis berambut pirang. Sejak itu aku tidak mengagumi gadis berambut hitam, meski pemiliknya berada di matahari atau sangat molek. Itu kecenderunganku sejak saat itu. Diriku tidak pernah mengagumi lagi kecuali rambut pirang. Itu pula kecenderungan ayahku.”

Kalimat di atas merupakan pengakuan filosof dan ulama besar dunia, Ibnu Hazm. Lewat karyanya yang berjudul Tauqul Hamamah (Di Bawah Naungan Cinta). Ibnu Hazm berhasil menjadikan dirinya sasterawan yang cukup disegani. Bukunya ini menjadi buku terlaris sepanjang abad pertengahan. Buku itu tidak hanya menarik bagi umat Islam, tetapi juga bagi kaum Nasrani di Eropah.

Padahal Ibnu Hazm dikenal sebagai salah satu ulama tersohor di abad pertengahan. Ayahnya dikenal sebagai salah seorang menteri pada zaman Khalifah al-Manshur.

Menurut penuturan Ibnu Hazm, cinta pertamanya bersemi ketika ia berusia 18 tahun. Sementara gadis pujaannya yang berambut pirang berumur 16 tahun. Gadis itu dikaguminya sampai habis. Ia mengatakan bahawa pujaannya itu seorang yang cantik, bertabiat baik, dan bertubuh sintal. Si gadis pun pandai bernyanyi dan memetik kecapi, yang menjadi kebiasaan kala itu.

Ibnu Hazm tergila-gila. Setiap hari selalu menanti gadis itu lewat di depan pintu rumahnya. Begitu gadis itu muncul, Ibnu Hazm langsung menguntitnya. Seperti kisah remaja pada umumnya, kisah cinta Ibnu Hazm penuh dengan romantika. Jika dikejar, si gadis berlalu dengan malu-malu dan rona wajahnya memerah. Tentang perilakunya yang terbuai itu Ibnu Hazm menulis, “Saya ingat benar bagaimana ketika saya selalu pergi ke ruangan tempat ia tinggal. Rasanya saya selalu ingin menuju pintu itu agar bisa dekat dengannya. Begitu ia melihat saya di dekat pintu, dengan gerakan lemah gemulai ia pergi ke tempat lain. Saya pun menguntitnya sampai ke pintu ruangan tempat ia berada.”

Ibnu Hazm, sebagaimana semua ulama dan agamawan, menyatakan bahawa cinta yang terbesar adalah cinta kepada Allah dan cinta antara sesama manusia yang dijalin kerana Allah swt. Cinta antara sesama manusia, antara lain cinta antara lawan jenis, jika terjalin kerana Allah, pasti diliputi oleh kesetiaan dan kesucian.

Ibnu Hazm al-Andalusi, seorang pakar hukum Islam menulis pengalaman peribadinya antara lain: “Seandainya bukan kerana keyakinan bahwa dunia ini adalah tempat ujian dan negeri kekeruhan, sedangkan syurga adalah tempat peroleh ganjaran, kita akan berkata bahawa hubungan harmonis antara kekasih merupakan kebahagiaan tanpa kekeruhan, kegembiraan tanpa kesedihan, kesempurnaan cinta dan puncak harapan.”

Selanjutnya, ulama besar itu berkata: “Aku telah merasakan kelazatan dengan aneka ragamnya. Aku juga telah meraih keberuntungan dengan segala macamnya. Tidaklah kedekatan kepada penguasa, tidak juga wujud setelah ketiadaan, atau kembali ke pangkuan setelah bepergian jauh, dan tidak juga rasa aman setelah mengalami rasa takut, atau perolehan harta yang dimanfaatkan, tidaklah semua itu, seindah hubungan harmonis/asmara dengan kekasih/lawan jenis kita.

Memandang Cinta

Menurut Ibnu Hazm, cinta itu sulit diuraikan. Tetapi pada orang yang jatuh cinta terdapat pertanda.

Pertama, kecanduan memandang orang yang dikasihi.

Kedua, segera menuju ke tempat kekasih berada, sengaja duduk di dekatnya dan mendekatinya.

Ketiga, gelisah dan gugup ketika ada seseorang yang mirip dengan orang yang dicintainya.

Keempat, kesediaan untuk melakukan hal-hal yang sebelumya enggan dilakukannya

Adapun yang mencoreng cinta menurut Ibnu Hazm adalah berbuat maksiat dan mengumbar hawa nafsu.

Cinta Di Mata Seorang Ulama

Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama

Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa

Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa..:-)

sumber : Ustaz Haniff

Isnin, 17 September 2012

Sayyid Muhammad Idris(Pemimpin Libya Yang Digulingkan Gaddafi)

Inilah salah seorang Pemerintah Negara ataupun Raja yang merupakan Ahli Tariqat Sufi.Beliau adalah Al-Malik Sayyid Muhammad Idris bin Muhammad Al-Mahdi As-Sanusi adalah merupakan salah seorang Syeikh ataupun Guru kepada al-Muhaddith Syeikh Dr Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki al-Hasani dan merupakan keturunan Rasulullah saw melalui Sayyiduna Hasan.Beliau yg lebih dikenali sebagai King Idris (12 Mac 1889 - 25 Mei 1983) yg memerintah Libya sebelum digulingkan oleh Muammar Gaddafi.Maka para Ulama' berkata mengenai Muammar Gaddafi:Allah akan menghina Muammar Gaddafi kerana dia pernah menggulingkan Ahlul Bait Rasulullah saw ..

sumber : ustaz haniff

Muhaddith Sheikh Ibrahim Kattani



Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith bin Ahmad bin Ghanim
ASAL KETURUNAN : Nasab keturunannya bersambung sehingga Sayyidina Husain RA
BAPA : Ibrahim bin Abdul Ba’ith bin Ahmad bin Ghanim
.TARIKH LAHIR : 01 Jun 1946 M 
TEMPAT LAHIR : Bandar As-Saghr, Iskandariah, Mesir



Biodata Syeikh:
Beliau merupakan seorang muhaddith di negara Mesir. Dr. Umar Abdullah Kamil berkata mengenainya, “Saya tidak pernah bertemu dengan orang yang sealim beliau di dunia ini. 

Kebanyakan kandungan syarahannya tidak terdapat di dalam kitab-kitab kerana ilmunya diambil terus daripada Allah.” Beliau pernah menyatakan, bahawa beliau menjadi sedemikian setelah bermimpi bertemu dengan Rasulullah. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah memberikannya kitab karangan Syeikh Yusuf ibn Ismail al-Nabhani yang bertajuk Hujjah Allah ‘ala al ‘Alamin. Kemudian Rasulullah bersabda kepadanya, “Semoga Allah membuka ke atas kamu segala sesuatu.” Beliau mempunyai ramai guru; di antaranya ialah ayahandanya sendiri, Syeikh Ibrahim ibn Abdul Ba’ith. Beliau mengambil Tariqat al Syazuliyyah daripada ayahandanya ini. Di antara gurunya yang lain ialah Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja’fari, Imam Masjid al Azhar. Daripada Syeikh Soleh beliau mengambil Tariqat al Ahmadiah al Idrisiah. 


Beliau pernah menceritakan pengalaman dengan gurunya ini dengan menyatakan bahawa beliau pernah pergi ke majlis pengajian Syeikh Soleh untuk meminta ijazah Hizib al Saifi. Namun, beliau merasa rendah diri untuk memintanya. Tetapi, tiba-tiba Syeikh Soleh berkata kepada ahli majlis pengajiannya bahawa Hizib Saifi ini telah diijazahkan kepada semua keturunan Sayyiduna Ali. Dengan perkataan Syeikh Soleh itu, bererti beliau telah mendapat ijazah tersebut kerana beliau adalah dari keturunan Sayyiduna Husain. 

Di antara gurunya juga ialah Abu al Faidh al Kattani. Daripada gurunya ini, beliau mengambil Tariqat al Kattaniah yang dengannya beliau dinisbahkan dengan gelaran al Kattani. Di antara gurunya juga ialah al Muhaddisth Syeikh Abdullah Siddiq al Ghumari. Pada suatu ketika dulu, beliau pernah belajar bersama-sama Dr. Ali Jum’ah yang merupakan Mufti Mesir sekarang ini, dengan Syeikh Abdullah al Ghumari. Semasa belajar, beliau sering membetulkan bacaan Dr. Ali Jum’ah yang salah. 

Di antara gurunya lagi, iaitu sanad beliau yang tertinggi ialah al Musnid Syeikh Abdul Hayy al Kattani. Daripada gurunya ini, beliau meriwayatkan kitab sanadnya yang bertajuk Fahras al Faharis yang di dalamnya mengandungi senarai 700 orang gurunya.

Maulana Abul Hassan Ali An Nadwi(Maulana Ali Mia)



Syeikh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi merupakan seorang ulama dan pemikir Islam yang ulung. Beliau dilahirkan pada 6 Muharram 1333H / 23 November 1914M di Takia Kala, Rae Berily, India. Nama sebenar beliau ialah Ali bin Abdul Hayy bin Fakhruddin bin Abdul Aliy al-Hasani. Nasabnya sampai kepada Hasan bin Ali bin Abi Talib r.a. Beliau amat bertuah kerana dilahirkan dan dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang amat berpegang teguh dengan ajaran Islam. Ayahnya Sayyid Abdul Hayy seorang ulama di India manakala ibunya juga seorang pendidik dan hafaz al Quran serta syair-syair sejarah Islam dalam bahasa Urdu.


Dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu, tidak hairanlah minat membaca beliau terserlah sejak kecil lagi. Beliau gemar mengumpul kitab dan mempunyai satu sudut bacaan sendiri yang dinamakan sebagai Maktabah Abil Hasan Ali (Perpustakaan Abul Hasan Ali).

Sejak kecil juga Syeikh Abul Hasan telah didik dengan pelbagai ilmu pengetahuan meliputi bahasa Arab, nahu, syair, sastera Arab, tafsir, fiqh, hadis dan sebagainya. Ramai dikalangan gurunya datang dari India dan ada juga di antara mereka yang datang dari Madinah. Diperingkat awal, beliau hanya belajar di rumah dan di madrasah Nadwatul Ulama. Setelah itu beliau mengorak langkah keperingkat yang lebih tinggi di Universiti Lucknow dan di sini, beliau telah berjaya mencapai kecemerlangan tertinggi dalam bidang Bahasa Arab. Kemudian beliau meneruskan lagi pengembaraan ilmunya hingga membawa beliau ke Lahore. Di sinilah dia bertemu dengan seorang sarjana dan pemikir agung dunia Islam iaitu Dr. Muhammad Iqbal. Kekaguman beliau dengan karya-karya Iqbal mendorong beliau untuk menterjemahkan beberapa syair Iqbal daripada Bahasa Urdu kepada Bahasa Arab, walaupun usianya pada ketika itu hanya sekitar 15 tahun sahaja.

Sifat Peribadi

Peribadi Syeikh Abul Hasan sangat sederhana, zuhud, berlapang dada serta terpancar keikhlasan dakwahnya sehingga membuatkan beliau senang didampingi, tidak kira peringkat umur dan darjat seseorang manusia itu.


Beliau adalah seorang yang berperibadi zuhud dan tidak membezakan antara manusia dalam dakwahnya membuatkan ulama terkenal Mesir, Dr Yusuf al-Qaradhawi mengkagumi keperibadian beliau.

Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata: "Saya mengenali keperibadiannya dan juga karya-karyanya. Saya mendapati pada dirinya hati seorang muslim yang sejati dan pemikiran Islam yang tulen. Saya mendapati beliau sentiasa hidup dengan Islam dan untuk Islam. Saya kira bukan saya seorang sahaja yang mencintainya tetapi semua orang yang mengenalinya pasti mencintainya, bahkan sesiapa yang lebih mengenalinya pasti akan bertambah kecintaan terhadapnya."

Dakwah dan Pendiriannya
Mencontohi pendekatan dakwah ulama’-ulama’ terdahulu seperti Imam As Sirhindi r.a dan Maulana Ilyas r.a, serta beberapa tokoh Islam yang agung, Syeikh Abul Hasan telah membawa suatu manhaj dakwah dan tarbiyah yang menyeluruh, dengan menggabung jalinkan beberapa manhaj dan pendekatan, menjadi suatu kombinasi di antara sistem lama yang berkat dengan sistem baru yang bermanfaat. Menurut beliau, kefahaman yang jitu terhadap dasar-dasar dakwah akan menjadikan seorang daie’ benar-benar berdakwah untuk Allah bukan untuk kepentingan peribadi atau selainnya. Prinsip yang perlu ada ialah berdakwah untuk kebaikan umat seluruhnya bukan untuk keuntungan kelompok atau diri sendiri. Dasar-dasar yang digariskan beliau dalam melaksanakan dakwah itu merupakan himpunan daripada dasar "At Tasallub Fi Al Usul" iaitu tegas pada prinsip dan "Al Murunah Fi Al Wasail" yakni anjal dalam perlaksanaan.

Usaha gigih Syeikh Abul Hasan dalam menyampaikan kalimah haq bukan sahaja dikagumi oleh dunia Islam malah mendapat pengiktirafan daripada masyarakat Barat khususnya di Eropah. Banyak undangan ceramah dan seminar yang beliau terima daripada institusi-institusi terkemuka di Eropah seperti di Geneva, Paris, Cambridge, Oxford, Glasgow, Edinburgh dan Sepanyol. Rata-rata dikalangan pendakwah dan mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan, baik di Timur mahupun di Barat mengenali tokoh ini. Malah adakalanya walaupun tidak berkesempatan mengenali peribadi beliau secara langsung tetapi apabila kita membaca hasil-hasil karyanya kita akan merasakan seolah-olah beliau adalah guru kita yang duduk bersama-sama kita.


An-Nadwi juga begitu peka dengan sistem pendidikan dan banyak mengkritik golongan orientalis yang menyelewengkan fakta sebenar mengenai Islam. Dari segi faktor keagamaan, tujuan orientalis adalah menyebarkan agama Kristian dan menonjolkannya lebih daripada agama Islam. Di samping itu, mereka cuba membangkitkan rasa bangga terhadap mereka ke dalam jiwa anak-anak muda Islam. Dari segi politik, golongan orientalis adalah utusan barat ke negara-negara Islam dengan tujuan membuat penyelidikan yang berhubung dengan adat, bahasa, tabiat dan jiwa orang-orang timur. Melalui cara ini, barat dapat meluaskan kekuasaan dan pengaruhnya ke atas umat Islam. Walaupun begitu, ada juga golongan orientalis yang membuat penyelidikan semata-mata kerana rasa minat mereka terhadap ilmu. Menurut al-Nadwi, antara orientalis yang menghasilkan penyelidikan yang baik yang wajar diberi penghargaan ialah Prof. T.W. Arnold, pengarang buku Preaching of Islam, Stanley Lane pengarang buku Saladin (Salahuddin al-Ayubi) dan Moors in Spains, Dr. Aloys Spenger Edward William Lane, A.W.J- Wensinck, yang telah menyusun Mu‘ajam Hadith. Semua pengarang-pengarang ini menunjukkan keikhlasan mereka dalam membahaskan sesuatu isu tanpa dipengaruhi oleh faktor politik, ekonomi dan agama.

An-Nadwi telah memberi kritikan pedas terhadap golongan orientalis yang seharusnya direnung oleh pelajar-pelajar muslim yang lain. Beliau menyebut bahawa dengan mengakui sumbangan ilmu orientalis ini, tiada halangan baginya untuk menegaskan bahawa kaum orientalis ini sering tidak beroleh taufik dari Ilahi walaupun mereka banyak melakukan penyelidikan dan penggalian terhadap ilmu-ilmu al-Qur’an, sunnah, sirah nabi, feqah Islam, akhlak dan tasauf. Mereka hanya keluar dengan tangan hampa tanpa memperolehi apa-apa dari keimanan dan keyakinan. Sebaliknya didapati bertambah besar jurang yang memisahkan mereka dengan ilmu tersebut disebabkan oleh iktikad permusuhan yang terpendam dalam hati mereka. Tujuan mereka hanya ingin mencari kelemahan tentang Islam dan mengemukakannya untuk maksud politik mahupun keagamaan.

Menurut an-Nadwi, umat Islam sekarang menghadapi kejumudan pemikiran atau mendapnya kecerdasan akal yang menimpa sarjana Islam atau pusat-pusat pengajian Islam semenjak waktu yang lama. Begitu juga, jarang ditemui ulama yang dapat meyakinkan generasi muda mengenai keunggulan Islam dan keabdian ajaran agama untuk mereka melayari kehidupan serta menyingkap takbir kelemahan-kelemahan peradaban barat dan sorotan yang ilmiah dan analisa yang teliti.


Beliau turut menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan fahaman ini dapat menawan jiwa orang-orang Islam. Antaranya ialah pertamanya kelemahan orang Islam dari sudut keimanan, ijtihad dan ilmu pengetahuan. Fikiran menjadi sempit dan keghairahan terhadap agama mereka telah lenyap sama sekali. Keduanya para ulama tidak memainkan peranan yang sebenar dan tidak pula berusaha untuk memimpin orang Islam lain terutama anak-anak muda Islam. Ketiganya penjajahan yang berlaku ke atas negara-negara umat Islam. Orang-orang Islam mengkagumi falsafah barat yang dianggap mengandungi kebenaran dan kemajuan.

An-Nadwi berpendapat bahawa jalan yang paling selamat dalam mendidik umat Islam ialah kembali beriman kepada Alllah sebagaimana Rasulullah dahulu telah melaksanakannya dengan begitu berkesan. Kemungkaran dan kerosakan adalah berpunca dari keengganan manusia untuk kembali kepada penawar dan rawatan nubuwwah. Hanya dengan kembali kepada bentuk didikan di atas sahajalah manusia masa kini dapat diselamatkan sebagaimana manusia pada zaman dahulu diselamatkan oleh Rasulullah. Oleh itu, beliau menyarankan umat Islam kembali kepada acuan madrasah kerasulan.

An-Nadwi menggunakan manhaj dakwah dengan berteraskan kepada al-Quran kemudian hadith dan sirah serta kisah-kisah para sahabat. Ini jelas terbukti dalam bukunya Rawa’i min adab al-da’wah yang mana beliau mengambil contoh-contoh dakwah para nabi-nabi yang bersumberan al-Quran dan al-Hadith.Di samping itu, beliau mengakui manhaj itu mungkin berbeza dari satu tempat dari satu tempat yang lain kerama dakwah mesilah mengambil kira masalah lingkungan , sausana dan persekitaran. Oleh itu, dakwah yang berkesan ialah dakwah yang mengambilkira realiti yang ada. Di samping itu, pendekatan hikmah dan bijaksana perlu diberi perhatian.al-Nadwi juga menyarankan memahami al-Quran dengan mendalam, sejarah dakwah dan tokoh-tokoh dakwah serta adab-adab Islam. Kebanyakan bidang tersebut telah ditulisnya untuk penyediaan kepada para pendakwah.

Karya Yang Membuka Mata Dunia
Siapa yang tidak terkesan bila mana membaca karya agung beliau berjudul "Apakah Kerugian Dunia Akibat Kemunduran Umat Islam" yang pernah pada suatu ketika menggoncang hati para pemimpin dan ulama’ di dunia Arab. Hingga sekarang karya yang berusia lebih 50 tahun itu, tetap menjadi rujukan umat seluruh dunia malah telah diterbitkan dalam berbagai-bagai bahasa seperti Inggeris, Parsi, Urdu, Arab, Hindi, Melayu dan lain-lain. Beliau telah berjaya membuka pandangan sempit pemimpin dunia Islam yang menganggap bahawa kekayaan material yang dimiliki oleh masyarakat Eropah adalah segala-galanya sedangkan mereka disana telah bankrap dari segi pemikiran dan kerohanian. Dengan pandangannya yang tajam, Syeikh Abul Hasan an-Nadwi berjaya membawa suatu natijah yang berguna untuk mengeluarkan umat manusia daripada kongkongan hidup jahiliyah moden kepada naungan Islam yang sebenar. Sebagaimana yang beliau nukilkan bahawa hanya umat Islam sahaja yang layak untuk mentadbir dan mengatur dunia ini, tanpa Islam dunia akan menghadapi penderitaan dan kerugian walaupun manusia memiliki segala kecanggihan dan kemudahan hidup.

Dijemput Ilahi

Setelah hampir tiga suku usianya dihabiskan dengan perjalanan ilmu dan dakwah, menyeru umat Islam agar kembali teguh kepada al-Quran dan sunnah, maka pada tengah hari Jumaat, 23 Ramadhan 1420H / 31 Disember 1999M, beliau telah dijemput Allah SWT pulang ke sisiNya ketika sedang bersiap-siap untuk menghadiri solat Jumaat di kediamannya, ketika usianya mencecah 85 tahun. Sebagai mengenang jasa beliau yang telah dicurahkan untuk kepentingan agama, maka telah diadakan solat jenazah ghaib di dua tanah suci iaitu di Masjidil Haram di Makkah al Mukarramah dan di Masjid Nabawi di Madinah al Munawwarah pada malam 27 Ramadhan 1420H.

Pemergiannya dirasakan sebagai suatu kehilangan permata yang amat berharga. Perjuangan dakwahnya yang tidak mengenal noktah itu, seharusnya menjadi contoh dan ikutan oleh generasi kini. Beliau pernah berpesan kepada generasi muda bahawa belia-belia Islam yang bakal memimpin umat pada masa akan datang sangat perlu diisikan dengan ilmu, tazkiyah ruhiyah, semangat juang dan sifat zuhud dari dunia. Kalau tidak, akan dibimbangi mereka akan kecundang dalam menghadapi cabaran akhir zaman. Kepetahan lidah dalam berucap dan keluasan ilmu belum dapat memberi kesan yang terbaik kalau tidak disertai dengan kekuatan rohani yang mantap.

Selamat jalan wahai mujahid. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat yang luas ke atasmu dan semoga engkau bersama-sama dengan para anbiya’, auliya’ dan para kekasih Allah. Amin.

Susunan:
M.A.Uswah,

Sandakan,
20 Oktober 2008.
Rujukan:
- Majalah Al-Islam, bulan Januari 2005.
- http://imamdesa.blogsome.com/2006/06/14/11
- http://www.mindamadani.my/content/view/178/2